• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bayaran Tambahan Kepada Penerima Bantuan Keluarga Malaysia’

oleh Mohd Arshad
22/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, tambahan bayaran RM50 dan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

                                                               

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Beliau berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Katanya, ia akan memberi manfaat kepada hampir 8.6 juta penerima, merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun ini, membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya bagi menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti dijadualkan.

“Setakat ini, seramai 8.6 juta penerima BKM sudah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,500, tahun ini. Bantuan ini adalah tertinggi yang pernah diberikan mana-mana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas secara maya di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 dengan semakan status pembayaran boleh dibuat bermula Isnin ini, melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

“Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa terutamanya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bantuan Keluarga MalaysiaBayaran TambahanPenerima Bantuan Keluarga Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jabatan Kesihatan Sabah Siasat Insiden Kematian Bayi

Next Post

Syed Saddiq Bincang Naratif Untuk Tutup Mulut Masyarakat – Saksi

Related Posts

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

18/07/2022
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang...

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai 2 Mei

29/03/2022
0

PETALING JAYA : Orang ramai boleh mengemukakan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mulai 2 Mei ini bagi membantu mereka yang...

Next Post

Syed Saddiq Bincang Naratif Untuk Tutup Mulut Masyarakat - Saksi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd