Sample Page Title

Ada dua perkara agak menarik pada hari pertama perbicaraan mahkamah melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes penyelewengan dan pengubahan wang haram lebih RM1 juta dana daripada sayap Pemuda Bersatu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pertama, keterangan saksi pertama iaitu Pegawai Penyiasat SPRM, Muhammad Taufik Awaludin berhubung perbincangan kumpulan WhatsApp Syed Saddiq dan bekas pimpinan Pemuda Bersatu berhubung kes dihadapinya.

Perbincangan itu diperoleh daripada laporan forensik yang diambil dalam telefon bimbit Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu ketika itu.

“Dalam kumpulan WhatsApp itu juga, YB Syed Saddiq ada membincangkan mengenai naratif bagaimana alasan yang perlu dikeluarkan kepada pihak media mengenai kehilangan wang tersebut.

“Perbincangan itu mengenai kenyataan media yang perlu dikeluarkan bagi menutup mulut masyarakat.

“Di akhir perbincangan dalam kumpulan WhatsApp itu, YB Syed Saddiq tidak bersetuju dengan cadangan ahli kumpulan dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu, ayah dan beliau sendiri,” kata Pegawai Penyiasat SPRM.


Kedua berhubung keterangan bapa dan ibu Syed Saddiq di mahkamah bahawa anak mereka ditekan untuk menyokong Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemudian Syed Saddiq di Facebook mendakwa beliau rasa bersalah kerana keengganannya untuk lompat parti dan sokong kerajaan (Muhyiddin), maka kedua ibu bapanya diheret sekali ke mahkamah.

Keterangan ibu bapa Syed Saddiq di mahkamah dan kenyataan Syed Saddiq di media sosial suatu tuduhan yang serius terhadap integriti seorang bekas Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Setakat artikel ini ditulis Muhyiddin atau nama sebenarnya Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin belum memberi sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan Syed Saddiq dan kedua ibu bapanya.

Syed Saddiq diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo yang merupakan pemimpin DAP dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia kerajaan Pakatan Harapan (PH).

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...