• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Sabah Siasat Insiden Kematian Bayi

oleh Mohd Arshad
22/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat secara terperinci dan telus berhubung isu kematian bayi baharu lahir yang dilaporkan berlaku di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

 

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.

Demikian maklum balas JKNS mengenai hantaran yang tular dalam media sosial berkaitan kes kematian seorang bayi baharu lahir di hospital berkenaan.

“Pihak JKNS ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini. Pihak JKNS juga mengesahkan insiden tersebut telah berlaku di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 19 Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan mereka.

Semalam seorang pengguna Facebook memuat naik paparan yang mendakwa anak pertama adiknya meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital dalam mengendalikan kes berkenaan.

Berdasarkan paparan itu, pihak hospital juga didakwa gagal menghubungi keluarga pesakit bagi memaklumkan tentang pembedahan itu.

Cubaan pihak hospital menghubungi suami adiknya tidak berjaya namun, tiada inisiatif untuk menghubungi atau memaklumkan keluarga pesakit selepas kematian bayi berkenaan.

-Utusan Online

Tags: Insiden Kematian BayiJabatan Kesihatan Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd