Thursday, June 13, 2024

Creating liberating content

Doa Termakbul, Lelaki Ini...

SETELAH tujuh tahun menantikan zuriat, hajat seorang pengusaha restoran akhirnya termakbul apabila isterinya disahkan...

Saman RM500 Jika Perokok...

TEGAS... Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama...

6 Maut, 5 Parah,...

KOTA KINABALU - Enam individu maut manakala lima cedera parah dalam nahas membabitkan...

3 Negara Jalin Kerjasama...

COTABATO CITY - Malaysia, Filipina dan Indonesia akan menjalin kerjasama ketenteraan berdasarkan Perjanjian...

Trafik Sesak Seawal 9 Pagi

PETALING JAYA : Kesesakan lalu lintas dikesan sepanjang 24.4 kilometer (km) dari Kilometer 290.55 hingga Kilometer 333.6 melibatkan laluan Simpang Pulai dan Tapah di Lebuhraya Utara Selatan sejak 9 pukul pagi ini berikutan peningkatan aliran trafik dari arah utara menuju ibu kota.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan juga berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang ke arah Berapit sepanjang 5.2 km diikuti antara Gua Tempurung dan Tapah sepanjang empat km.

Sementara itu, aliran trafik tinggi di Lebuhraya Utara Selatan ke selatan dari Juru Autocity ke Plaza Tol Juru sepanjang 2.2 km dan Jawi ke Bandar Baharu 3.2 km.

Anih Berhad pula melaporkan trafik di bahagian timur turut menunjukkan kesesakan di LPT2 (arah selatan) sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu dari pusat bandar sejauh satu km.


Laluan Kuala Lumpur-Karak arah barat turut menunjukkan kesesakan antara Lentang ke Bukit Tinggi sepanjang 8.7 km diikuti sebelum keluar Plaza Tol Gombak sejauh 1.4 km.

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 bagaimanapun berjalan lancar dari kedua-dua arah buat masa ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori