Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Zizan Razak, Mira Filzah...

TERDAHULU pernah timbul desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Mira Filzah...

Terengganu Tekad Julang Piala...

TERENGGANU bertekad untuk menjulang trofi Piala Malaysia musim ini setelah nasib tidak menyebelahi...

Diskaun Tol 10% Kepada...

JOHOR BAHARU - Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus...

Remaja Guna Buah Zakar...

KEGILAAN apakah ini? Itu yang keluar dari mulut sebaik sahaja menonton cara seorang...

Tiada Pekerja: Perak Alami Masalah Sampah Tidak Dikutip

IPOH: Masalah kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang di sini beransur pulih.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memohon maaf di atas ketidakselesaan yang dihadapi masyarakat kesan daripada kelewatan kutipan sampah itu.

Menurut beliau, masalah itu berlaku berikutan pihak kontraktor, Majuperak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) menghadapi kekangan pekerja sejak bulan April lalu.

Beliau berkata, ini kerana ramai pekerja kutipan sampah berhenti kerja dan memilih untuk bekerja dalam sektor industri pembinaan.

“Pihak MUMSB sedang berusaha mencari pekerja kutipan sampah gantian dengan gaji harian RM80 sehari.

“Tetapi masih tiada yang mahu menerima tawaran tersebut kerana industri pembinaan menawarkan kadar harga gaji harian yang lebih tinggi.

“Peningkatan sampah yang tidak dijangka iaitu tiga kali ganda daripada keadaan biasa kerana cuti raya yang sangat panjang.

“Ramai yang pulang ke Ipoh di samping penganjuran banyak kenduri, rumah terbuka dan dan kenduri kahwin telah menyebabkan gangguan kutipan sampah sekitar Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Rumaizi berkata, sehubungan itu MBI telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi gangguan itu seperti melantik kontraktor sementara bagi membantu pihak MUMSB dan melantik pekerja tambahan bagi kerja-kerja kutipan sampah.

“Gangguan kutipan sampah telah beransur pulih dan dijangkakan 90 peratus operasi kutipan sampah di kawasan Manjoi, Meru, Puncak Jelapang dan Klebang,” katanya.

Kutipan sampah
Dalam perkembagan sama, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan memanggil syarikat konsesi kutipan sampah, Maju Perak Utilities Management Sdn. Bhd. berhubung aduan orang ramai mengenai lambakan sampah tidak dikutip.

“Jika syarikat konsesi pungutan sampah itu gagal memberikan perkhidmatan terbaik, kerajaan negeri akan mencari syarikat lain.

“Saya akan panggil mereka (syarikat konsesi) sebab tempoh tamat (kontrak) ialah pada bulan November ini, iaitu tempoh percubaan dua tahun.

“Jadi, kita tengok, kalau dia tak perform, kita kena cari syarikat yang lebih perform,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori