Sample Page Title

MOGADISHU – Somalia kini mengalami kemarau terburuk yang pernah direkodkan sejak beberapa dekad, menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan dan pemakanan yang semakin meruncing.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Abdirahman Abdishakur Warsame berkata, 6.1 juta rakyat Somalia berdepan tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau, manakala 330,000 kanak-kanak berdepan kekurangan zat makanan yang teruk akibat kemarau yang berpanjangan.

“Utusan Khas untuk Kemarau itu menyeru semua pihak berkepentingan meningkatkan usaha untuk menyokong komuniti yang terjejas akibat kemarau,” lapor Agensi Berita Xinhua memetik Pejabat Utusan Khas untuk Respons Kemarau dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu menekankan keperluan tindakan segera dan diselaraskan dengan baik serta menyeru agar semua rakyat Somalia bangkit untuk menyelamatkan nyawa.

“Persekitaran politik yang penuh perbalahan yang membawa kepada proses pilihan raya yang berpanjangan, krisis politik global, dan kemunculan krisis kemanusiaan di tempat lain di dunia turut menyumbang kepada tindakan yang tidak memadai terhadap ancaman kemarau dan usaha menghadapi kebuluran yang bakal berlaku di negara itu,” katanya.

Kemarau yang berkait dengan perubahan iklim di Somalia adalah antara yang terburuk dalam 40 tahun dan menjejaskan 66 daerah di negara itu, menyebabkan 771,400 keluarga kehilangan tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Somalia.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...