• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PH Boleh Serang Kerajaan BN, Tapi BN Tak Boleh Serang Kerajaan PH?
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon mempersoalkan hipokrasi Pakatan Harapan (PH) dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut beliau, ketika PRN Johor, pemimpin PH tanpa henti menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bagaimanapun, katanya, untuk PRN Negeri Sembilan, BN telah diberi amaran supaya tidak menyerang kerajaan PH.

“Pelik. Semasa PRN Johor, PH tiap-tiap hari menyerang kerajaan BN. Di Negeri Sembilan pula, diberi amaran supaya tidak menyerang kerajaan PH,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Semasa PRN Johor, Onn Hafiz antara lain dilabel oleh pemimpin PH sebagai budak-budak, lembab, pendek selain pentadbiran beliau selaku Menteri Besar dikritik habis-habisan.

Bagaimanapun, pada kempen PRN Negeri Sembilan, Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan dilarang menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH memberi amaran anggota Kabinet yang berbuat demikian akan diminta melepaskan jawatan mereka. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Chew Sir Boon

 

Tags: amaranChew Sir BoonDilarangKerajaan BNpakatan harapanPenasihat MCA TerengganuPHPRN Negeri SembilanserangSerang Kerajaaan PH
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd