• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tok Mat Bersedia Lepas Jawatan Menteri Jika Diarah PMX
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak keberatan melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri.

Mohamad yang juga Menteri Luar bagaimanapun menegaskan tiada pemimpin BN yang memburukkan Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat ini.

“Kita tak sentuh peribadi. Dalam kempen, kita nak pastikan mesej kita sampai kepada semua pengundi. Terpulang kepada Perdana Menteri kerana beliau yang melantik menteri dan timbalan menteri,” katanya.

Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berkata demikian kepada pemberita di Taman Kelab Tuanku Mambau hari ini.

Perdana Menteri hari ini meminta Menteri, Timbalan Menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan tidak menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan ketika berkempen di Negeri Sembilan.

Anwar malah memberi amaran anggota Kabinet yang berbuat demikian akan diminta melepaskan jawatan mereka.

“Saya pun tak kecil hati, tapi masing-masing jangan cepat sangat meloncat-loncat. Dalam pilihan raya ini biasalah, dulu pun begitu juga

“Tak bermakna pula kita nak bermusuh secara peribadi, tidak. Kita nak supaya rakyat faham, supaya mereka memberikan sokongan kepada BN,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan kempen BN Negeri Sembilan untuk memujuk rakyat supaya tidak lagi termakan fitnah melampau seperti ketika Pilihan Raya Umum 2018.

“Pada 2018 (PRU) dulu, kalahnya BN bukan kerana apa, tetapi kerana fitnah melampau,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: amaranBersediaDatuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mohamad Hasanletak jawatanMenteri LuarNegeri SembilanPerdana MenteriPRNTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN)
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd