Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nama Nanggala Merujuk Kepada...

NANGGALA adalah nama salah satu senjata milik Dewa Balarama. Mengikut hikayat, Balarama memiliki...

AirAsia India Lancar Laluan...

NEW DELHI - AirAsia India akan menambah bandar Amritsar di Punjab ke dalam...

Penjual Ikan Didakwa Bunuh...

KUCHING - Seorang penjual ikan berumur 23 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di...

Pemilik Wajah Pada Kotak...

SELEPAS enam tahun gambarnya dirakam, seorang lelaki bukan saja terkejut, malahan marah apabila...

Sila “Forensic Audit” Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melakukan kesilapan besar semasa mengulas tentang Debat Perdana baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ini apabila beliau mendakwa konon terlalu banyak ‘syarat’ diletakkan oleh “team Najib” bagi menjayakan debat berkenaan.

Termasuk tidak boleh sentuh tentang perkara dalam mahkamah seperti kes 1MDB menyebabkan Anwar Ibrahim “did not deliver the killer blow”.

Kenyataannya itu mungkin mahu menimbulkan persepsi kononnya Debat Perdana itu telah berlangsung dalam keadaan berat sebelah.

Malang sungguh kenyataan itu sebaliknya mencerminkan sebuah alasan retorik bagi mempertahankan kegagalan Anwar dalam debat berkenaan.

Pertama, sesebuah program debat hanya dapat dijayakan sekiranya kesemua pihak terlibat telah bersetuju dengan syarat atau ketetapan yang ditetapkan.

Ini termasuklah dalam aspek tajuk, format, soalan serta lokasi debat.

Seandainya “team Anwar” tidak bersetuju atau “team Najib” tidak bersetuju terhadap mana-mana syarat pasti debat itu tidak dapat dilangsungkan.

Mengapa hanya selepas debat itu berlangsung tiba-tiba “team Anwar” mendakwa konon tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan?

Kedua, syarat “team Najib” supaya perkara yang sedang berada dalam mahkamah seperti kes 1MDB tidak boleh disentuh adalah rasional dan bertepatan.


Sesebuah kes dalam perbicaraan mahkamah sememangnya tidak boleh diperbahaskan secara terbuka kerana ia membawa kepada “sub-judice” dan “contempt of court”

Anwar dan PKR yang sering melaungkan “Rule of Law” sepatutnya lebih memahami keadaan itu dan tidak menjadikan ia sebagai satu alasan.

Ketiga, apabila Fahmi menyatakan syarat tidak boleh mengungkit kes mahkamah menyebabkan Anwar “did not deliver the killer blow” mendedahkan hasrat sebenar Anwar menyertai debat itu.

Anwar bukan mahu merungkai tentang isu Sapura Energy yang menjadi tajuk perdebatan, sebaliknya mahu menggunakannya sebagai platform politik dan mengulangi pembunuhan karakter terhadap Najib.

Tajuk debat adalah tentang Sapura Energy, bukan berkenaan kes 1MDB yang dalam perbicaraan mahkamah yang sememangnya tidak boleh dibahas secara umum.

Jika Anwar berhasrat berdebat tentang 1MDB sewajarnya ia dilaksanakan dalam debat dengan fokus tajuk yang berbeza kerana debat bukan ceramah politik untuk ‘hentam keromo’

Keempat, alasan tempat duduk Najib dan Anwar dipisahkan merupakan alasan paling kebudak-budakan pernah didengari dalam program debat.

Program itu adalah program debat. Bukan program sambutan Aidilfitri. Tiada sebarang kepentingan mahupun implikasi kepada perjalanan Debat Perdana jika duduk berasingan.

Kesimpulannya, PKR wajar melakukan “forensic audit” terhadap kenyataan Fahmi kerana ‘mengantoikan’ kegagalan, kelemahan dan ‘keautaan’ Anwar.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori