Sample Page Title

Kuala Lumpur : Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melancarkan program Ops Cegah dengan pendekatan lebih mesra bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pekerja untuk mengamalkan budaya pencegahan kemalangan pekerjaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ia seiring dengan usaha bersepadu yang berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pekerja di Malaysia.

Katanya, program itu dilaksanakan bermula 17 hingga 31 Mei ini membabitkan semua 54 Pejabat Perkeso di seluruh negara termasuk ibu pejabatnya.

“Berteraskan nilai kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan, inisiatif Ops Cegah dirancang untuk dilaksanakan setiap tahun dengan mensasarkan pelaksanaan aktiviti pencegahan kemalangan pekerjaan membabitkan kemalangan industri dan kemalangan semasa perjalanan pergi balik kerja.

“Program ini juga menjadi wahana buat Perkeso untuk berkongsi maklumat, panduan, peluang dan ruang kepada pengurusan tertinggi syarikat untuk menerap dan melaksanakan amalan serta langkah-langkah pencegahan kemalangan pekerjaan kepada pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, antara matlamat program itu adalah memberi kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pengurusan syarikat atau majikan bagi menyediakan suasana tempat kerja yang selamat kepada pekerja.

Selain itu, ia juga memberi panduan kepada majikan dan pekerja mengenai amalan terbaik dan berkesan dalam menangani isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, ketika dalam perjalanan serta aktiviti pekerjaan yang berkaitan jalan raya.

Katanya, ia juga bagi menggalakkan pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan ketika bekerja dan di jalan raya.

“Ia juga bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya pencegahan sebagai asas perlindungan sosial kepada majikan dan pekerja.


“Program ini juga akan mengurangkan kemalangan industri dan kemalangan perjalanan di kalangan pekerja. Penganjuran Ops Cegah pada tahun ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa rakan strategik seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

“Modus operandi Ops Cegah membabitkan aktiviti turun padang oleh Perkeso bersama rakan strategiknya ke 1,060 premis syarikat di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, sesi lawatan dan perjumpaan diadakan dengan pengurusan tertinggi syarikat yang mencatatkan jumlah kemalangan pekerjaan tertinggi pada tahun 2021, berdasarkan senarai ‘Top 100’ di seluruh negara dan ‘Top 20’ di kawasan Pejabat Perkeso tempatan.

Katanya, menurut data Perkeso, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian menyumbang kepada kadar tertinggi kes kemalangan pekerjaan, termasuk sewaktu berulang-alik ke tempat kerja.

Menerusi Ops Cegah, katanya Perkeso berharap untuk meningkatkan lagi kesedaran golongan majikan terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya mendorong mereka untuk lebih bertanggungjawab dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan kepada pekerja.

“Perkeso yakin inisiatif ini mampu membentuk budaya pencegahan dan mengurangkan kadar kemalangan pekerjaan khususnya dalam kalangan pencarum dan rakyat Malaysia secara amnya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi nombor Careline Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau e-mel ke [email protected]

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...