Sample Page Title

KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyambut baik cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan ahli Parlimen bagi memberi ruang kepada anak muda menyambung legasi kepimpinan negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berkata, cadangan mengehadkan tempoh berkhidmat ahli Parlimen kepada tiga hingga empat penggal merupakan sesuatu yang boleh dilakukan namun, perkara itu perlu diperincikan.

Katanya, jawatan Ketua Menteri di Sabah sebelum ini turut dihadkan kepada dua penggal namun, ia telah dipanjangkan.

Ads by Kiosked“Saya setuju kena ada had bagi seseorang berkhidmat kepada negara kerana kita mahu regenerasi dalam kepimpinan. Jika dilihat Warisan juga diterajui oleh …

Beliau berkata, cadangan mengehadkan tempoh berkhidmat ahli Parlimen kepada tiga hingga empat penggal merupakan sesuatu yang boleh dilakukan namun, perkara itu perlu diperincikan.

Katanya, jawatan Ketua Menteri di Sabah sebelum ini turut dihadkan kepada dua penggal namun, ia telah dipanjangkan.

“Saya setuju kena ada had bagi seseorang berkhidmat kepada negara kerana kita mahu regenerasi dalam kepimpinan. Jika dilihat Warisan juga diterajui oleh ramai pemimpin muda seperti Junz Wong, Darell Leiking, Mohd. Azis Jamman, Isnaraissah Munirah Majilis serta Jo-Anna Sue Henley Rampas.


“Ini membuktikan kita mahukan kesinambungan dalam kepimpinan parti. Malah, saya juga telah memberitahu mereka, jika ada yang ingin mengambil alih kepimpinan (parti) silakan.

“Saya mahu berkhidmat dan beramal. Sekiranya amalan saya tidak diterima oleh rakyat, kita tidak boleh memaksa orang. Cadangan itu sesuatu yang boleh dilihat namun, kena ada perinciannya,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemimpin itu baik untuk masa depan negara maka, biarlah pemimpin itu terus berkhidmat tetapi, bukan dalam tempoh yang terlalu lama. Ia bagi mengehadkan pemimpin tertentu daripada terus berkhidmat kerana asyik bertukar parti.

Mengulas lanjut katanya, Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu disegerakan bagi mengelakkan ahli-ahli politik melompat.

Semalam, geogstrategies, Prof. Dr. Azmi Hassan memberitahu Utusan Malaysia bahawa tempoh khidmat ahli Parlimen perlu dihadkan antara tiga ke empat penggal sahaja bagi mengelakkan salah guna kedudukan, memberi peluang kepada muka baharu serta memastikan negara terus diterajui pemimpin yang mempunyai idea-idea malar segar.

Jelas Azmi, perkara itu perlu dilakukan kerana ada ahli Parlimen yang sudah berkhidmat terlampau lama sehingga tidak memberi peluang kepada orang lain, malah tidak mampu menghujah idea-idea baharu.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...