• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Jepun Bakal Muktamad MoC Penghantaran Pekerja Mahir

oleh AK-47
24/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, ia antara inti pati utama dalam rangka lawatan kerjanya ke Jepun bermula Khamis hingga 28 Mei depan, bersempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Saravanan berkata, beliau akan menandatangani MoC itu bersama-sama dengan Menteri Kehakiman Jepun, Yoshihisa Furukawa, selain melibatkan penyertaan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan serta Agensi Polis Negara Jepun.

“Matlamat MoC adalah untuk membantu memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan pekerja tempatan.

“MoC itu juga memberi peluang kepada rakyat tempatan memperoleh pengalaman dan kepakaran di Jepun untuk satu tempoh masa dan apabila mereka pulang kelak, mereka dapat menyumbang kepada industri berkaitan di Malaysia,” kata Saravanan.

MoC berkenaan menggariskan 14 sektor penghantaran pekerja mahir merangkumi pelbagai industri iaitu perkakasan dan bahagian mesin, penerbangan, pembaikan dan penyelenggaraan automobil serta jentera perindustrian.

Saravanan berkata, MoC tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) iaitu mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga negara.

Dalam rangka lawatan kerja itu, Saravanan juga dijadual melawat Cyberdyne Studio untuk melihat teknologi neuro-robotik tercanggih, Robot Suit HAL iaitu robot cyborg pertama di dunia berkaitan pemulihan dan rehabilitasi.

“Ia akan menjadi penanda aras untuk penubuhan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan yang bakal dibina di Perak,” kata Saravanan.

-Sinar Harian

Tags: jepunMalaysiaMoCPenghantaran Pekerja Mahir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd