Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bina Bangunan JPJ Sabah,...

PENAMPANG – Kementerian Pengangkutan mencadangkan supaya bangunan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah...

Lagi 13 VIP Diburu...

PUTRAJAYA - Nampak gayanya seperti sudah berjangkit pula apabila kes ini tiba-tiba menjadi...

Jejambat Baru Pasang Runtuh...

KOLKATA - Sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 150 lagi cedera apabila sebatang jejambat...

Najib Jelaskan Gelarannya Orang...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama...

KKR Teliti Pembinaan Lebuh Raya Baharu

Kuala Lumpur : Kementerian Kerja Raya (KKR) meneliti beberapa cadangan penyuraian kesesakan trafik di Lembah Klang menerusi pembinaan lebuh raya baharu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, KKR ada menerima pelbagai cadangan daripada syarikat swasta untuk membina lebuh raya khususnya di kawasan Greater Klang Valley.

Menurutnya, ada beberapa cadangan pembinaan lebuh raya baharu sudah diluluskan manakala sebahagian lain masih dalam penelitian.

“KKR sedang meneliti dan diharap dengan kelulusan ini nanti, hubung jalin dalam Greater Klang Valley akan bertambah baik untuk selesaikan sepenuhnya masalah kesesakan dengan pembinaan lebuh raya baharu itu.

“Ini kerana jumlah kenderaan di Malaysia juga bertambah setiap tahun dan disebabkan itu kerajaan lengkapkan dengan pengangkutan awam sebagai pilihan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri KKR, di sini, hari ini.

Katanya, Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuh Raya yang dikaji setiap lima tahun untuk mencari alternatif penyuraian kesesakan khususnya di Lembah Klang.


Dalam perkembangan lain, Fadillah berkata, keperluan kemudahan kenderaan mikromobiliti akan dibincangkan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT).

Beliau berkata, cabarannya kelak sama seperti lorong motosikal yang membabitkan kos yang tinggi.

“Ini berlaku seperti di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) apabila lorong motosikal sedia ada jarang digunakan kerana perbuatan jenayah dan vandalisme.

“Namun, apa saja keputusan dasar yang dicapai menerusi perbincangan bersama MOT akan dilaksanakan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori