• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Altantuya: 30 Ogos Keputusan Kes Saman RM100 Juta

oleh Mohd Arshad
20/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu selepas saksi plaintif dan defendan selesai memberi keterangan.

Bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.

Keluarga berkenaan mendakwa kematian model itu telah menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.

Mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.

Mahkamah juga menetapkan 20 Jun ini untuk plaintif memfailkan hujahan dan 20 Julai bagi defendan menjawab hujahan itu serta 4 Ogos untuk kedua-dua pihak memfailkan hujahan balas.

Seramai 26 saksi plaintif termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 2019, manakala defendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih untuk tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman terbabit.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Zetty Zurina Kamarudin yang mewakili kerajaan Malaysia, memaklumkan pihaknya menutup kes saman itu selepas saksi terakhir, iaitu pesara polis, Datuk Mastor Mohd Ariff, 60, selesai memberi keterangan.

Mastor memberitahu mahkamah, Azilah dan Sirul Azhar tidak terlibat dalam mana-mana operasi, termasuk tugas khas serta sulit di antara 19 dan 20 Oktober 2006 (tarikh Altantuya dikatakan hilang dan dibunuh).

“Sekiranya mereka tidak terlibat dalam apa-apa operasi, mereka akan bertugas pada waktu pejabat antara 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Menjawab soalan peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, saksi itu berkata, beliau bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap senjata api dan bahan letupan yang disimpan di stor pensenjataan ketika bertugas sebagai pegawai pemerintah di Bukit Aman.

Mastor juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa mana-mana anggota tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil senjata api begitu sahaja tanpa kebenaran pegawai atasan.

Semalam, pegawai penyiasat bagi kes bunuh Altantuya, Superintenden Tonny Anak Lunggan, 42, memberitahu mahkamah bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya Sirul Azhar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

Beliau berkata, berdasarkan Buku Daftar Keluar Masuk Senjata, Sirul Azhar mengeluarkan senjata bernombor siri S98756 jenis MP 5 (S) pada 4 Oktober 2006 dan mengembalikannya pada 8.15 pagi 30 Oktober tahun sama.

Pada prosiding hari ini, seorang lagi pesara polis, Sarjan Mejar Rosli Ibrahim, 51, yang juga saksi kedua pihak kerajaan turut memberi keterangan.

-Berita Harian

Tags: keputusankes bunuh altantuyaKes Saman RM100 Juta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

29/04/2026
0

SEREMBAN - "Saya serahkan semua keputusan kepada Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan pucuk pimpinan parti (UMNO)" Demikian...

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

19/03/2024
0

JAKARTA - Pilihan Raya Indonesia (Pilpres) sudah berakhir, namun muncul pula bantahan menentang keputusan tidak rasmi yang dilihat 'seperti tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd