• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Gubal Akta Anti Buli Segera: ASWA

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pertubuhan Aspirasi Wanita (ASWA) mendesak kerajaan menggubal satu akta khusus berkaitan anti buli bagi mengekang masalah itu di peringkat sekolah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presidennya, Wan Azliana Wan Adnan berkata, sudah tiba masanya satu undang-undang mengenai buli diperkasakan ekoran akta sedia ada tidak cukup untuk menangani gejala berkenaan.

“Kami mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu kes buli yang semakin berleluasa selain meminta sokongan beliau.

“Kami membawa bersama memorandum untuk dikemukakan kepada beliau, memberitahu kes buli yang berlaku di Malaysia dan kesannya terhadap mangsa.

“Dr Mahathir mendengar dan kami boleh katakan beliau menyokong ASWA untuk mendesak akta anti buli ini diwujudkan,” katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan bersama bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.

Pada perjumpaan selama satu jam itu, Dr Mahathir turut bertemu dengan tiga keluarga mangsa buli bagi melihat kesan yang dialami mereka.

Nurul Faradila Abdullah, ibu kepada mangsa buli menunjukkan kecederaan yang dialami oleh anaknya akibat kesan buli.
Mengulas lanjut, Wan Azliana memaklumkan, satu memorandum berkenaan desakan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) hari ini.

“Rakyat Malaysia melihat kes buli ini sebagai kes peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan mereka.

“Apa yang kami ingin sampaikan adalah, mangsa mahu bercakap (dibuli) namun tidak diberikan peluang untuk memberitahu, jadi kes itu akan dibiarkan sahaja hingga menyebabkan mangsa berpindah sekolah kerana takut,” katanya.

Dalam pada itu Wan Azliana turut mendesak satu prosedur operasi standard (SOP) dari KPM mengenai siasatan kes buli di sekolah bagi mengelakkan mangsa jadi karenah birokrasi di semua peringkat.

-Sinar Harian

Tags: Akta Anti BuliASWAbuligesaanKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

“Kerajaan Hari Ini Memang Banyak Benda Pelik” – Mohammad Sollehin

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - “Ada orang tanya aku, kenapa Dato’ Sri Najib dah bayar denda pun masih tak boleh balik rumah?...

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd