• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Pelajar: Bapa Buat Laporan Polis Terhadap UUM

oleh AK-47
28/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bapa kepada mendiang S Vinosiny telah membuat laporan polis terhadap Universiti Utara Malaysia berhubung kematian pelajar perakaunan berusia 20 tahun itu pada Sabtu lepas, mendakwa kemungkinan berlaku kecuaian oleh pentadbir di kampus Sintok.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

R Sivakumar, 52, membuat laporan di balai polis daerah Klang Selatan malam tadi.

“Tujuan laporan polis ini dibuat atas ketidakpuasan hati saya tentang punca dan cara kematian mendiang anak perempuan saya yang sangat sia-sia, cara pengendalian keselamatan semua pelajar UUM dan juga cara pengendalian kematian pelajar akibat kecuaian UUM,” kata Sivakumar dalam laporan polisnya yang dilihat oleh Malaysiakini.

Sivakumar menggesa polis menyiasat sama ada UUM telah menjalankan penyelenggaraan menyeluruh termasuk audit keselamatan bangunan dan bekalan elektriknya, serta keadaan asrama yang ditinggalkan kosong selama dua tahun semasa pandemik, sebelum membuka semula kampus untuk pelajar.

“Saya ingin pihak polis menjalankan siasatan yang sedalamnya untuk mendapatkan keadilan bukan sahaja untuk mendiang anak saya, tetapi kepada semua pelajar yang mempunyai kemungkinan untuk menghadapi nasib yang sama sekiranya kecuaian pihak UUM ini diteruskan.

“Pihak UUM gagal untuk memastikan semua pelajar dalam keadaan selamat dan juga kemudahan-kemudahan yang dberikan untuk penggunaan palajar-pelajar adalah dalam keadaan selamat untuk digunakan dan telah pun dijalankan,” katanya.

Sivakumar berkata laporan polis yang dibuat juga akan digunakan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap UUM.

UUM sebelum ini memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan menutup punca yang menyebabkan kematian Vinosiny.

Ini di tengah-tengah siasatan berterusan oleh polis dan Suruhanjaya Tenaga terhadap kematian Vinosiny – yang disyaki maut selepas mengalami renjatan elektrik di bilik asramanya.

Vinosiny, yang berada di semester keempat pengajian perakaunan dan sistem maklumat, kembali ke kampus seminggu sebelum tragedi itu.

-Malaysia Kini

Tags: Kematian Pelajarlaporan polispolisUUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd