• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Perlu Tambah Baik Siasatan Kes Penderaan Kanak-kanak

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri meningkatkan dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) siasatan berhubung kes-kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di Johor.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Baginda bertitah, langkah itu boleh dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri terlibat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Tunku Ismail, garis panduan yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) boleh diguna pakai dalam perkara itu.

“Istana Johor dan kerajaan negeri akan beri sumbangan untuk tambah baik CIC ini, memperkasa kekuatan pasukan polis D11 dan menyediakan sebuah CIC di Ibu pejabat Polis Daerah Muar dan Iskandar Puteri bagi melancarkan usaha PDRM menjalankan siasatan serta menyelesaikan kes penderaan kanak-kanak di Johor.

“Saya juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dengan PDRM, JKM dan dengan garis panduan daripada UNICEF bagi melaksanakan pelbagai usaha untuk menambah baik SOP dan prosedur yang ada serta meningkatkan kesedaran awam,” titahnya.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat Pusat Temuduga Kanak-kanak di IPK Johor, di sini hari ini.

Tunku Ismail turut memberi berpandangan bahawa apa jua bentuk penderaan terhadap kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap ringan.

“Menjadi tanggungjawab semua bangsa Johor untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di negeri ini,” titah baginda.

UtusanOnline-

Tags: JohorKes Dera Kanak-KanakSOP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd