Sample Page Title

Kuching : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat Sarawak susulan dakwaannya negeri itu akan muflis, tiga tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tuntutan sama turut diajukan kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kerana seolah-olah terus mengharapkan dakwaan Guan Eng itu menjadi kenyataan.

Penolong Setiausaha Publisiti dan Penerangan SUPP Lo Khere Chiang berkata, dakwaan Guan Eng pada 2019 ketika beliau berjawatan Setiausaha Agung DAP itu mengguris hati ramai rakyat Sarawak apabila mendakwa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

Khere Chiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata, dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas malah merendahkan taraf kerajaan Sarawak serta memperlekeh kemampuan pemimpin negeri itu mentadbir kewangan negeri.

“Selepas tiga tahun Guan Eng membuat dakwaan itu, semalam Chieng Jen pula mendakwa Sarawak tidak muflis (dalam tempoh tiga tahun) kerana kerajaan negeri membatalkan projek transit aliran ringan (LRT).

“Tuduhan Chieng Jen itu jelas tidak berasas kerana hakikatnya selepas membatalkan projek LRT, kerajaan Sarawak menggantikannya dengan projek sistem transit pantas (ART) yang dijangka beroperasi pada 2025,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Khere Chiang yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) turut membandingkan kos projek ART Sarawak yang bernilai RM6 bilion dengan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri pula RM6.3 bilion.

“Sarawak masih mempunyai rizab berjumlah RM29 bilion, manakala Pulau Pinang setahu saya hanya mempunyai kurang RM2 bilion dan berdasarkan analogi, Pulau Pinang harus muflis dahulu dan bukannya Sarawak,” katanya.

Ketika sesi perbahasan pada sidang DUN Sarawak semalam, Chieng Jen berkata, Sarawak berjaya mengelak muflis dalam tempoh tiga tahun kerana kerajaan negeri membatalkan projek LRT.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...