• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bella Demam, Prosiding Pengecaman Bainun ditangguh’

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Remaja orang kurang upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sepatutnya hadir bagi tujuan pengecaman ketika prosiding perbicaraan hari ini, tidak dapat hadir kerana demam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bella yang menghidap Sindrom Down dijadualkan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap tertuduh.

Namun beliau dilaporkan demam dan tidak dapat hadir ke Mahkamah Sesyen untuk proses pengecaman terhadap tertuduh.

Sesi pengecaman itu akan dijadualkan semula sebaik Bella dilaporkan sembuh.

Difahamkan, turut akan hadir adalah beberapa penghuni kondominium yang menjadi lokasi Bella didera.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

-Berita Harian

Tags: Bellademamditangguhprosiding
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd