• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Pelajar Lelaki Dipukul Beramai-Ramai Dalam Kelas

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI : Seorang pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di sini didapati dipukul hampir 10 orang pelajar lelaki lain dalam satu video yang tular dalam media sosial di sini hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Video yang berdurasi 25 saat itu menunjukkan pelajar yang dibuli tersebut menyatakan sesuatu sebelum dipukul oleh pelajar-pelajar lain dalam sebuah kelas.

Rakaman video tersebut juga menunjukkan pelajar tersebut dibaling dengan meja tulis di kepalanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sini berdasarkan pakaian sekolah yang dipakai pelajar dalam video itu.

Beberapa pengguna Telegram membalas hantaran tersebut yang tidak bersetuju dengan kelakuan pelajar tersebut.

“Budak-budak la (sekarang) ni pakat-pakat nak tunjuk hero…,” kata Mohd. Yunus Ali.

“Raya dalam lokap la,” kata Muhd Bakhtiar.

“Awat (kenapa) sampai jadi lagu (macam) ni…” kata L.

Sementara itu, Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya telah menerima aduan mengenai insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan.

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

-Utusan Online

Tags: dipukulkelaspelajarTular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd