• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol 4 Lebuh Raya Kekal, Kerajaan Struktur Semula Konsesi

oleh Mohd Arshad
04/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan bersetuju membuat penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya di sekitar Lembah Klang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mengumumkan perkara tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui penstrukturan semula itu, kadar tol tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi serta dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Januari lalu sehingga tamat tempoh konsesi.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah penelitian terperinci dari semua aspek yang meliputi bebanan kepada pengguna, obligasi kerajaan selaras dengan perjanjian konsesi serta beban kewangan kerajaan.

Empat syarikat konsesi lebuh raya itu ialah Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART); Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

“Penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol untuk keempat-empat lebuh raya tersebut adalah dianggarkan sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban khususnya dengan kenaikan kadar tol seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan-kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Beliau menjelaskan, penstrukturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip serta objektif utama kerajaan iaitu mengurangkan beban Keluarga Malaysia serta tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Perincian lanjut berhubung kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan semula ini akan dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya,” katanya.

-Utusan Online

Tags: lebuh rayaStruktur SemulaTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd