• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Tahan Bot, 23 Nelayan Vietnam

oleh Mohd Arshad
01/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 23 kru warganegara itu yang menceroboh perairan negara di kedudukan 13 batu nautika utara Pulau Tioman, Pahang, pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bot nelayan asing itu dikesan Kapal Diraja (KD) Ganyang ketika sedang melaksanakan rondaan hasil perkongsian maklumat daripada Persatuan Nelayan Endau pada jam 10.36 pagi.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut berkata, pihaknya sebelum itu mengesan keberadaan dua bot nelayan Vietnam.

Katanya, KD Ganyang berjaya menahan sebuah bot nelayan, manakala sebuah lagi bot sudah beredar meninggalkan kawasan itu ke arah utara.

“Hasil pemeriksaan mendapati 23 orang tekong dan awak-awak warga Vietnam tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah.

“Mereka ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara dan mengaut khazanah negara secara haram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua awak-awak dan bot berkenaan dibawa ke Tambatan Pangkalan TLDM Kuantan untuk proses selanjutnya.

Penahanan itu membuktikan keupayaan TLDM menangani ancaman perairan negara selain memastikan setiap pencerobohan dikenakan tindakan undang-undang.

“TLDM akan mengekalkan inisiatif perkongsian maklumat bersama komuniti maritim. Kita tidak berkompromi terhadap sebarang ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara pada setiap masa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Nelayannelayan VietnamTLDMVietnam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd