• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tidak Berbaloi Layan Dokumen Sampah’ – Ahmad Samsuri

oleh AK-47
20/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Pas enggan melayan tohmahan berhubung kebocoran minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan merancang menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menafikan pembabitan parti itu dalam pakatan berkenaan susulan penyebaran dokumen yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Dokumen sampah macam itu pun ada orang percaya juga ke… saya buat gelak sahaja benda itu (dan) tidak benar, itu entah datang dari mana, benda-benda sampah bagi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persediaan dan Pendahuluan Diri Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Terengganu Ke Luar Negara 2022 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada Pas akan mengambil tindakan undang-undang, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, isu berkenaan tidak wajar dilayan apatah lagi proses perundangan agak rumit.

“Kita pun tidak tahu siapa yang sebarkan dan sebagainya, proses undang-undang ini satu proses yang pada saya rumit juga sebenarnya.

“(Bila ambil tindakan undang-undang), kita ke mahkamah dan sebagainya, tidak berbaloi untuk layan, kalau tidak saya rasa tiada kerja lain, hari-hari kena buat laporan polis, kena pergi ke mahkamah kerana yang ‘viral’ benda-benda yang tak betul ini, saya rasa hampir setiap hari ada dan pada saya, tidak wajar untuk dilayan,” katanya.

Ahmad Samsuri mengakui berlaku pertemuannya bersama beberapa individu yang nama mereka ada dalam dokumen yang ditularkan itu, namun ia bukan bertujuan menjatuhkan pemimpin Umno dan BN.

“Pertemuan itu ada, itu saya kata, eja nama saya pun tak betul, jadi pertemuan itu adalah dalam kapasiti yang berbeza dan dia campur-campur, dia tahu bahawa ada pertemuan ini, maka dia buat dia punya naratif, jadi saya rasa itu tiada kerja lain,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, keratan minit mesyuarat serta agenda untuk menjatuhkan pemimpin Umno termasuk mempercepatkan hukuman terhadap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial.

Antara kandungan lain ialah rancangan mengenai tindakan untuk menjatuhkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dan mengaitkannya dengan kluster mahkamah.

-Harian Metro

Tags: DokumenTidak Berbaloi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakar Pendidikan Anuar Ahmad Seru Pulanglah ke Pangkal Jalan

Pakar Pendidikan Anuar Ahmad Seru Pulanglah ke Pangkal Jalan

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Marilah balik ke pangkal jalan” Demikian seruan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad kepada pembuat dasar supaya membatalkan...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd