• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Pendidikan Anuar Ahmad Seru Pulanglah ke Pangkal Jalan

oleh Mynewshub
15/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pakar Pendidikan Anuar Ahmad Seru Pulanglah ke Pangkal Jalan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Marilah balik ke pangkal jalan”

Demikian seruan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad kepada pembuat dasar supaya membatalkan keputusan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)

Katanya, bukan sahaja masyarakat umum menolak UEC, malah pemimpin Dong Zong juga tidak bersetuju dengan cara pengiktirafan sijil UEC untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

“Kalau dah semua pakat tak setuju, batalkan sahaja. Elok kembali semula kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terang-terang tidak mengiktiraf UEC,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dalam hantaran berasingan, beliau berkata Dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi bukti kewujudan sebuah sistem pendidikan kebangsaan di negara ini.

Ujar beliau, semua dasar pendidikan negara yang terkandung dalam dokumen itu sepatutnya dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah semua pihak boleh bersetuju dengan keputusan mengiktiraf UEC walaupun sebahagian sedangkan dokumen rasmi Dasar Pendidikan Kebangsaan sendiri menyatakan secara jelas tidak mengiktiraf UEC.

“Mana satu yang kita patut ikut? Kebetulan esok, 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru. Bolehkah kalau saya usulkan hari ini, 15 Mei 2026, adalah tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan? Saya hanya mampu bertanya dan mengusulkan.

“Lagi pun, saya peduli apa kalau Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sudah tidak dihormati ini ‘terkubur’. Biar sajalah ia terkubur. Ibarat kata orang tua, ‘daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah’.

“Sekurang-kurangnya tarikh ‘matinya’ akan diingati oleh generasi akan datang, iaitu setiap 15 Mei, sehari sebelum sambutan Hari Guru pada 16 Mei,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anuar Ahmad

 

Tags: Dasar Pendidikan KebangsaanDokumenDr. Anuar AhmadIPTApakar pendidikanTarikh TerkuburUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

Pengiktirafan UEC Dalam Buku Jingga, Manifesto PH – ADUN DAP

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah wajar kerana ia adalah komitmen Pakatan Harapan (PH) sejak...

Dong Zong Kecewa Akses Lepasan UEC ke IPTA Masih Terhad

Dong Zong Kecewa Akses Lepasan UEC ke IPTA Masih Terhad

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Dong Zong meluahkan rasa kecewa terhadap pengumuman kerajaan berhubung kebenaran pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) memohon kemasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd