• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Teliti Aduan Berkaitan Mohd. Nazlan

oleh Mohd Arshad
24/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Semua aduan dan maklumat mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali akan diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan lanjut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Satu sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, setiap maklumat yang diterima SPRM perlu mempunyai asas sama ada benar-benar berlakunya salah guna kuasa atau tidak.

“Siasatan dijalankan SPRM adalah bagi meneliti aduan dan maklumat yang diterima sama ada mempunyai asas atau tidak,” katanya sumber itu ringkas.

Penelitian maklumat berkenaan adalah prosedur biasa selepas media melaporkan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Mohd. Nazlan dan perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Dalam pada itu, Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mendesak SPRM mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan siasatan melibatkan Mohd. Nazlan.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz berkata, sekiranya perkara tersebut benar, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhak untuk dibicarakan semula oleh hakim lain.

Manakala, kata beliau, segala hukuman yang telah dijatuhkan dimansuhkan kerana konflik kepentingan.

“Kami bukan menyatakan beliau (Mohd. Nazlan) bersalah, tidak. Kami mohon SPRM segera siasat adakah beliau terlibat secara langsung dalam SRC International Sdn Bhd (SRC) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Maka kes Najib harus berpatah balik ke Mahkamah Tinggi dan seluruh hukuman terhadapnya dibatalkan dan beliau harus dibicara semula,” katanya selepas membuat laporan kepada SPRM, di sini semalam.

Ujar Syed Muhammad Imran, perkara tersebut bukan hanya berkaitan maruah Najib malah kepada parti UMNO sendiri kerana ia akan menjadi modal pihak pembangkang memainkan isu tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Mohd. Nazlan, laporan ke SPRM turut dibuat berkaitan dakwaan penglibatan secara langsung Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul dalam SCR dan 1MDB.

Laporan terhadap Zafrul itu telah dibuat Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM) hari ini.

Mengenai laporan berkenaan, Timbalan Presiden KPPUM, Zamil Ibrahim menggesa siasatan turut dibuat SPRM berhubung dakwaan Zafrul yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd ketika itu iaitu bank yang terlibat dengan pemberian pinjaman 4.17 billion kepada 1MDB.

Selain itu, nama beliau juga didakwa terdapat di dalam sebuah laporan yang menyerupai minit mesyuarat Lembaga Pengarah Maybank berkenaan pinjaman 6.17 billion itu yang didedah oleh portal Mahazalim Returns.

Pada 20 April lalu, blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa Mohd. Nazlan disiasat berhubung terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang melibatkan Najib.

Menurut Raja Petra dalam portalnya Malaysia Today, Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaun.

Rentetan itu, Mohd. Nazlan membuat laporan polis berhubung artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac lalu.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media dipetik berkata, tuduhan tersebut adalah palsu, tidak berasas serta berniat jahat.

-Utusan Online

Tags: aduanIsu Mohd. NazlazMohd. NazlanSPRMTeliti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Buktikan Kemampuan Bersaing Kelab Gergasi Asia

Next Post

Covid-19: 5,624 Kes Baharu Semalam

Related Posts

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat permohonan bagi melucutkan hak bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di...

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

Next Post

Covid-19: 5,624 Kes Baharu Semalam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd