• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM

oleh Mohd Arshad
06/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
SPRM Mohon Lucut Hak Menara Ilham Minggu Depan – Ketua Pesuruhjaya SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat permohonan bagi melucutkan hak bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, minggu depan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata ia selepas pihaknya memohon pembekuan aset berkenaan kepada Ketua Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, semalam.

Katanya, pelucutan hak itu akan dilakukan mengikut Seksyen 55 atau 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Kita sudah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pejabat Tanah di bawah Seksyen 51.

“Langkah selanjutnya dalam tempoh terdekat ini, kita akan memohon di bawah Seksyen 56 atau 55 di bawah akta sama untuk melucutkan hak aset berkenaan (Menara Ilham),” katanya di sini hari ini.

Seksyen 55 memperuntukkan pelucutan harta selepas sabitan dan terdapat sabitan kesalahan (contohnya di bawah Seksyen 4(1) akta itu), manakala Seksyen 56 pula ialah pelucutan sivil tanpa sabitan dan boleh dilakukan sekiranya tiada sabitan atau pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Mengulas mengenai penyitaan Menara Ilham kali kedua, Azam berkata ia membabitkan dua akta berbeza.

“Sebelum ini (sitaan Disember 2023 adalah menggunakan Akta SPRM 2009 manakala kali ini membanitkan akta penggubahan wang haram,” katanya.

Semalam BH melaporkan, Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai disita SPRM, sekali lagi.

SPRM dilaporkan berkata pihaknya mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu.

Sitaan berkenaan adalah berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) AMLATFPUAA 2001 bertarikh 4 Jun 2025.

“Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan mengikut subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi Notis ini adalah kesalahan mengikut AMLATFPUAA 2001,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

BH pada 21 Disember 2023 pernah melaporkan, SPRM menyita bangunan Menara Ilham setinggi 60 tingkat itu.

Notis penyitaan ketika itu bertarikh 18 Disember lalu disiarkan hari ini melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.

Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Beberapa hari lalu, BH melaporkan, tiga kediaman mewah di London ialah antara tujuh hartanah dan satu akaun bank didakwa milik isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarga, berjaya dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan nilai berjumlah £132 juta (RM758.2 juta).

BHonline-

Tags: Menara IlhamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd