Sample Page Title

Prestasi cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) terutama kejayaan mengikat pendahulu Liga J1, Kawasaki Frontale tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim di Johor malam tadi membuktikan kemampuan pasukan itu untuk bersaing dengan kelab gergasi Asia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Berbekalkan dua kemenangan mengejut menentang Guangzhou FC dan Hyundai Ulsan FC, keputusan itu dilihat membakar semangat pemain untuk beraksi lebih baik pada pusingan seterusnya.

Ketua Jurulatih JDT Benjamin Mora berkata anak buahnya telah melakukan yang terbaik dan beliau berpuas hati dengan ketahanan pemain memandangkan permainan mencabar dan sangat taktikal.

“Permainan mencabar. Kami berjaya bertahan hingga seri 0-0…biasanya ia adalah permainan taktikal yang sangat bagus. Kami selaku jurulatih tahu cara menyerang pada saat yang tepat, tahu bagaimana untuk bertahan pada ketika perlu bertahan, ia adalah permainan yang bagus untuk kedua-dua pasukan.

“Semua orang beraksi dengan baik, seperti yang anda lihat ia adalah permainan yang bagus, pasukan Jepun sangat berstruktur, tajam dalam taktikal mereka, mereka tahu apa perlu dilakukan. Kami cuba pergi sejauh boleh dari segi tahap kecergasan kerana kami tahu kami ada lagi tugas untuk diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Ditanya sama ada beliau menumpukan corak permainan bertahan berbanding menjaringkan gol, Mora berkata kemenangan sentiasa menjadi keutamaan pasukannya dalam mana-mana perlawanan sekalipun.

“Saya sentiasa mahukan kemenangan dan kami cuba untuk menang…saya tidak memberikan keutamaan tertentu dan tidak melihat sesuatu pilihan kerana jika kami melakukannya begitu, kami akan mudah untuk kalah. Kami bertahan sebaik mungkin dan juga melakukan serangan balas, sudah tentunya terus membantu pemain sayap kami Arif Aiman Hanapi, Fernando Rodriguez Ortega dan Bergson Da Silva.


“Sebenarnya kami mahukan tiga mata namun meraih ‘mata emas’ sudah tentu sangat baik. Kami melakukan percaturan baik dalam menggantikan pemain, kami tidak banyak dapat bola tetapi pada akhirnya kami mahukan mata (tiga mata atau satu mata) dan kami mendapat mata, bagi saya itu adalah ‘mata emas’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kawasaki Frontale Toru Oniki mengakui pasukan itu yang turun dengan misi meraih tiga mata penuh telah berdepan cabaran sengit daripada Skuad Harimau Selatan sekali gus terpaksa berputih mata dengan keputusan seri.

“Ia adalah perlawanan yang mencabar. Pada separuh masa pertama, kami mempunyai banyak peluang namun kami tidak dapat menjaringkan gol.

“Sudah tentu saya mahukan tiga mata tetapi merasai suasana di sini dengan laungan dan sorakan penonton lawan agak lama…persekitaran seperti itu agak menyukarkan pemain untuk bermain tetapi kami berharap dapat melakukan banyak latihan dan beraksi dengan baik pada perlawanan seterusnya,” katanya.

JDT kini mendahului Kumpulan I dengan tujuh mata diikuti Kawasaki Frontale dengan lima mata, Ulsan Hyundai empat mata dan Guangzhou FC di tempat terakhir selepas gagal mengutip sebarang mata.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...