• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OIC Adakan Mesyuarat Tergempar Isu Palestin Isnin Ini – Saifuddin

oleh AK-47
24/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan itu bagi membincangkan isu membabitkan kekasaran Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Isnin ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab akan mewakili negara pada mesyuarat itu yang berlangsung di Jeddah.

“Mesej pertama yang nak disampaikan ialah tamatkan apa yang sedang berlaku, kedua kita gesa negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa untuk label Israel sebagai negara aparteid.

“Kita amat dukacita dan kesal dengan kekejaman Israel, perlakuan kasar mereka keterlaluan terhadap masyarakat Palestin sejak Jumaat lepas dan masih berterusan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Iftar dan Ramah Mesra Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) Parlimen Indera Mahkota, semalam.

Sabtu lepas, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan Jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Saifuddin berkata beliau telah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Setiausaha Agung OIC, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Setiausaha Luar United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bagi menghentikan keganasan Israel.

“Saya juga telah menghubungi Menteri Luar beberapa negara yang kita jangka boleh membantu hentikan segera tindakan zalim Israel ke atas umat Islam yang hanya ingin beribadah di Majis Al-Aqsa,” katanya.

Beliau memaklumkan turut menghubungi Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Ahad lepas secara telesidang serta menyampaikan solidariti Malaysia kepada Palestin yang dibalas dengan ucapan terima kasih kedua-dua pemimpin.

Saifuddin turut memaklumkan jenazah pelajar jurusan pergigian Universiti Alexandria Mesir Husna Solehah Mohd Salleh, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Kaherah semalam.

Pelajar tahun tiga dari Kelantan itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Elite, Alexandria pada 7 April lepas dan dirawat di Unit Rawatan Rapi akibat tuberculosis atau tibi sebelum meninggal dunia semalam.

Saifuddin juga berkata pejabat Parlimen Indera Mahkota akan menubuhkan Unit OKU dan kumpulan sukarelawan pengamal bahasa isyarat bulan depan bagi membantu golongan itu mendapatkan bantuan sewajarnya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 50 OKU untuk persiapan raya.

-Malaysia Kini

Tags: Isu PalestinMesyuaratOICPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd