• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Selatan Mengamuk Baham Guangzhou

oleh Mohd Arshad
16/04/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi amaran kepada pencabar Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila membelasah Guangzhou FC dalam aksi pembukaan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ayam tambatan Harimau Selatan, Bergson Da Silva muncul wira Harimau Selatan dengan meledak hatrik untuk meletakkan JDT sebagai pendahulu kumpulan.

Bergson yang gagal mencipta jaringan pada saingan ACL musim lalu mengubati kekecewaan apabila meledak gol seawal minit ke-10 dengan menanduk masuk hantaran lintang Shane Lowry dari sayap kiri.

Gol pembukaan itu menyuntik semangat pasukan tuan rumah untuk menambah jaringan hasil percubaan Fernando Forestieri pada minit ke-13, rembatannya berjaya dinafikan He Lipan pada awalnya namun kesilapannya menyebabkan bola tertampan ke gawang sendiri.

Bergson Da Silva cuba melepasi kawalan dua pertahanan Guangzhou FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia malam ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Pan Yong He yang menurunkan skuad kedua itu terus buntu untuk mengekang kemaraan juara Piala AFC 2015 yang terus mendominasi permainan dan mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan.

Hasilnya, pasukan bimbingan Benjamin Mora terus menambah derita pasukan lawan apabila melebarkan kedudukan pada minit ke-27 hasil jaringan Bergson yang mendapat umpanan cantik Afiq Fazail meletakkan JDT 3-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Guangzhou dilihat terus gagal memberi impak pada perlawanan itu sebaliknya terus diasak hebat wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan itu yang buas memburu jaringan.

Pada minit ke-55, Bergson melengkapkan malam bergaya buat dirinya apabila mencipta hatrik apabila sekali lagi menewaskan Lipan menerusi tandukan hasil hantaran lintang Corbin Ong.

Forestieri terus mencuba untuk memahatkan nama dalam senarai penjaring, namun sepakan bebas diambilnya berjaya ditepis Lipan beberapa minit berselang.

Pasukan pelawat terus dirundum masalah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Guan Haojin dilayangkan kad merah pada minit ke-68 setelah mempamer aksi ‘gusti’ menjatuhkan Bergson yang terlalu berleluasa melakukan larian.

Perbezaan pengalaman jelas ketara antara kedua-dua pasukan apabila JDT lebih bersahaja mengatur gerakan manakala pasukan pelawat pula dilihat tidak menjadi.

JDT menambah derita skuad ‘mentah’ Guangzhou menerusi pemain gantian, Ramadhan Saifullah yang bijak melepasi kawalan pertahanan lawan sebelum melakukan sepakan lambung melepasi jangkauan Lipan pada minit ke-81.

Kemenangan tersebut meletakkan JDT di posisi teratas Kumpulan I dengan mengutip tiga mata pada aksi pembukaan.

Dalam perlawanan berasingan, pertemuan antara kelab Jepun, Kawasaki Frontale menentang pasukan Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, dekat sini berakhir dengan 1-1.

Kelab Korea Selatan itu terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-22 hasil jaringan Leonardo Nascimento.

Hasrat pasukan kendalian Hong Myung Bo untuk mengutip tiga mata dinafikan Shintaro Kurumaya yang meledak gol penyamaan pada masa kecederaan untuk membawa pulang satu mata.

-Utusan Online

Tags: ACLbola sepakGuangzhouJDTLiga Juara-Juara Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Akan Dapatkan Penjelasan PM Berhubung MOU Dengan PH

Next Post

Lebih 1.2 Juta Lintasi Laluan Darat Malaysia-Singapura

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Lebih 1.2 Juta Lintasi Laluan Darat Malaysia-Singapura

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd