• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Haji Naik Antara RM1,000-RM3,000

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bayaran haji dikenakan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada bakal jemaah tahun ini, dinaikkan secara bersasar sebanyak RM1,000 dan RM3,000 seorang tertakluk kepada kategori pendapatan masing-masing.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata kenaikan bayaran haji tahun ini tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan beberapa kos.

Tambahnya, ia termasuk faktor inflasi, pelbagai cukai terutamanya Cukai Nilai Tambah (VAT) dan caj visa haji serta perlindungan insurans untuk jangkitan COVID-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Jelasnya, kadar VAT di Arab Saudi dinaikkan daripada lima kepada 15 peratus, sekali gus menjadi faktor utama kenaikan kos haji lebih RM2,500 untuk seorang jemaah haji Muassasah.

“Bayaran haji jemaah Muassasah telah kekal pada RM9,980 seorang sejak 2009, iaitu 13 tahun lalu …walaupun kos menunaikan haji telah meningkat setiap tahun hingga 103 peratus.

“Berikutan pelaksanaan bersasar, kadar bayaran haji untuk seorang jemaah Muassasah B40 dikenakan sebanyak RM10,980 iaitu peningkatan hanya RM1,000 seorang.

“Kos ditanggung jemaah Muassasah dalam kategori lain ialah sebanyak RM12,980 seorang iaitu peningkatan RM3,000,” katanya pada sidang media khas di Menara TH hari ini.

Amrin menjelaskan bahawa TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji untuk tahun ini dan memperkenalkan pendekatan secara bersasar.

Ketetapan itu, katanya bagi memastikan bantuan berkenaan dapat dirasai sepenuhnya oleh golongan paling memerlukan.

Bantuan Kewangan Haji ini adalah selari dengan usaha TH untuk memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia kekal terjamin.

“Bantuan Kewangan Haji diteruskan bagi semua jemaah haji muassasah TH yang menunaikan haji buat kali pertama dan merangkumi dua kumpulan iaitu jemaah daripada kategori B40 dan selain B40.

“Berdasarkan kuota haji rasmi tahun yang telah diturunkan kepada sekitar 45 peratus oleh kerajaan Arab Saud seperti diumumkan Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam, TH dijangka membelanjakan RM150 juta bagi menampung sebahagian kos menunaikan ibadat haji tahun ini melalui Bantuan Kewangan Haji,” katanya.

Soalan lazim berkenaan Bayaran Haji klik di sini: https://bit.ly/3k3r00V

BHonline-

Tags: Bayaran HajiCovid-19Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd