Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Maut Tertembak Rakan Setugas...

SERDANG - Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak...

Sekurang-Kurangnya 77 Maut Di...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan hampir 200 lagi cedera dalam kebakaran...

Guru Dipecat, Sengaja Tolak...

Gara-gara sengaja menolak seorang kanak-kanak kurang upaya yang berusia empat tahun, seorang guru...

Pencapaian Harimau Malaya Bukti...

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 membuktikan...

Akta Kualiti Air Minum Bakal Diperkenal

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan Akta Kualiti Air Minum (DWQA) tidak lama lagi, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berkata, pengenalan akta tersebut kelak bertujuan memperkukuh perlindungan terhadap ancaman kesihatan akibat air minum yang tidak selamat.

“Kementerian juga merancang memperkenalkan DWQA dalam masa terdekat, bagi mengukuhkan perlindungan kita terhadap bahaya kesihatan akibat air minuman yang tidak selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan webinar Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dengan tema Planet Kita, Kesihatan Kita: Ke Arah Udara, Air dan Makanan Yang Bersih, secara dalam talian hari ini.

Rakaman ucapan beliau ditayangkan pada webinar anjuran bersama Kementerian Kesihatan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Khairy berkata, air minum adalah hak asasi manusia, namun hakikatnya, satu dalam tiga individu di dunia kekurangan akses kepada air minuman yang selamat dan mencukupi.


Menurut beliau, Kementerian Kesihatan melaksanakan salah satu program kesihatan alam sekitar tertua di negara ini iaitu Program Kebersihan Alam Sekitar Luar Bandar melalui Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar (BAKAS) bagi menyediakan bekalan air bersih kepada masyarakat luar bandar.

“Ini dilakukan dengan prinsip teknologi mudah dari segi reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan sistem bekalan air,” katanya.

Selama lebih 50 tahun, Khairy menjelaskan, BAKAS telah memainkan peranan utama dan menyumbang kepada liputan bekalan air bersih dan selamat yang hampir menyeluruh di negara ini.

Bersama pelaksanaan Program Pengawasan Kualiti Air Minuman Kebangsaan (NDWQSP), Khairy memberitahu, kementerian telah berjaya membantu meningkatkan kualiti kesihatan dengan memastikan keselamatan air minuman yang disediakan kepada orang ramai berada dalam piawaian yang ditetapkan, seterusnya mengurangkan kejadian penyakit bawaan air atau penyakit yang berkaitan dengan kualiti bekalan air awam yang rendah.

“Program pengawasan memberi amaran kepada kakitangan kesihatan awam dan kerja air jika kualiti air minuman merosot dan membolehkan mereka melakukan langkah pencegahan atau pemulihan sebelum berlakunya sebarang wabak penyakit atau keracunan yang besar,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori