• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Hujah Pemuda PAS Mengenai DAP Anti-Islam

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pertamanya harus diterangkan artikel ini adalah tentang kenyataan Pemuda Pas pada tahun 2019 yang menyenaraikan ’15 hujah DAP anti-Islam’.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemuda Pas berhujah DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-bumiputera.

Menentang kepentingan berkaitan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang menjadi tunggak utama Perlembagaan Malaysia.

Pemuda Pas berhujah Perlembagaan DAP ada menyebut tentang matlamat-matlamat DAP.

Iaitu untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi bercanggah dengan definisi Islam.

Antara hujah lain Pemuda Pas:

Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan.

Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.

Namun, Perlembagaan DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”

DAP memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu

Pemimpin DAP menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian.

Pemimpin Wanita DAP mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat.

Pemimpin DAP menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan dan mempersoalkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara.

Pemimpin DAP mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

Pemimpin DAP mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.

Pemimpin DAP menganggap saranan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat sebagai “pemimpin Melayu otak cacat”.

Pemimpin DAP membuat kenyataan supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam.

Deklarasi Setapak DAP menyatakan pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang.

Menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Artikel ini bertujuan mengingatkan Pemuda Pas mengenai apa yang mereka pernah dedahkan tentang DAP.

Ekoran terdapat desas desus Perikatan Nasional (PN) sedang merisik peluang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan PRU-15.

Mungkin usaha itu bukan digerakkan oleh Pas selaku komponen PN, sebaliknya oleh parti lain dalam PN tetapi apakah Pas meredhainya?

-Mynewshub

Tags: ANTI ISLAMDAPHujahPASPemuda PAS
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd