• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Maimun Ketuai Pendengaran Rayuan Najib

oleh Mohd Arshad
15/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim yang akan menentukan nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya membabitkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah atas penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Beliau bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh.

Pada prosiding hari ini, panel yang sama sedang mendengar rayuan Najib atas keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonannya untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan kes SRC tersebut.

Bukti baharu itu antaranya membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.

Sabitan dan hukuman tersebut dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 dan keputusan tersebut telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.

Pada 7 Disember 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu itu atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.

“Selepas mendengar hujah panjang lebar dan meneliti afidavit yang telah difailkan, kami dapati perayu (Najib) gagal menunjukkan bukti baharu itu adalah perlu dan tiada keperluan istimewa melampau (extremely exceptional circumstances) untuk menerima keterangan tersebut,”ujar panel terbabit yang diketuai panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Pendengaran rayuan utama Najib terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International masih belum ditetapkan tarikhnya.

Najib turut memohon agar dirinya diwakili Queens Counsel (peguam paling kanan di United Kingdom) pada pendengaran tersebut.

-Utusan Online

Tags: KetuainajibPendengaran Rayuan NajibTengku Maimun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proses Tender MRT3 Bermula Tahun Ini

Next Post

Bekas Adun Rembia Meninggal Dunia

Related Posts

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

UMNO Kelantan Gesa Laksana Titah Tahanan Rumah Ke Atas Najib

12/07/2025
0

Kota Bharu: UMNO Kelantan memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan titah tahanan rumah ke atas bekas...

Gerak Tengah Malam Ke Putrajaya Demi Najib

Gerak Tengah Malam Ke Putrajaya Demi Najib

23/08/2022
0

PUTRAJAYA – Sebahagian penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengorbankan waktu tidur mereka dengan memulakan perjalanan seawal...

Next Post

Bekas Adun Rembia Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd