• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim Rasmi Loji Janakuasa Komersial Pertama Dunia Guna Turbin Gas

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pasir Gudang : Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menyempurnakan perasmian Stesen Janakuasa Southern Power Generation (SPG), di sini, hari ini.

Stesen janakuasa SPG itu turut dimasyhurkan sebagai Sultan Ibrahim Power Plant di Pasir Gudang, adalah loji janakuasa komersial pertama di dunia menggunakan turbin gas berteknologi paling cekap dihasilkan oleh General Electric (GE).

Teknologi pembakaran bahan api gas aslinya mampu menghasilkan 60 peratus tenaga elektrik dan kecekapan turbin gas berteknologi tinggi ini mampu menyumbang kepada pengurangan jejak karbon.

SPG yang berkonsepkan kitar padu telah siap sepenuhnya dan memulakan operasi komersial pada 1 Januari tahun lalu.

Pembinaan SPG dengan kos RM4.7 bilion ini adalah gabungan usaha sama antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy Sdn Bhd.

Ia menjadi satu mercu tanda pembangunan industri penjanaan elektrik di Johor dan selatan tanah air.

Dengan beroperasinya stesen ini, ia secara tidak langsung merancakkan dan menggalakkan lagi usaha pelaburan dari dalam dan luar negara.

Stesen ini juga menyediakan infrastruktur pembekalan tenaga elektrik yang mencukupi, berdaya harap serta stabil, sekaligus mampu menyakinkan pelabur untuk mengeluarkan modal menjalankan perniagaan di Johor.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim turut berkenan mengadakan lawatan ke SPG selepas perasmiannya.

-Harian Metro

Tags: JohorLoji JanakuasaLoji Janakuasa KomersialLoji Janakuasa Komersial Pertama Dunia Guna Turbin GasRasmiSultan Ibrahim
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd