• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut Dalam Bilik Air Kena Renjatan Elektrik

oleh AK-47
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS: Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands, di sini, hari ini dipercayai terkena renjatan elektrik.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa dikatakan terjatuh di dalam bilik air rumah itu selepas kedua-duanya terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, kejadian bermula ketika mangsa lelaki sedang mandi menggunakan alat pemanas air dalam bilik air sebelum terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri.

“Kemudiannya isteri mangsa terdengar bunyi bising dari bilik air itu dan memeriksa apa sedang berlaku sebelum menjerit dan meminta anak perempuannya berusia 10 tahun membawakan sekeping kayu dan cuba menyelamatkan suaminya.

“Namun, wanita itu turut terkena renjatan eletrik sebelum tidak sedarkan diri dan anak pasangan itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ramli berkata, kerja menyelamat hanya dapat dilakukan selepas petugas dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik di rumah pasangan berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.20 pagi dan seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan dan maklumat awal, mangsa seorang lelaki berusia 46 tahun dan seorang wanita yang juga isterinya yang berusia 35 tahun. Tiga anak pasangan itu berusia antara dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, tambah beliau, kedua-dua mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang turut serta dalam operasi menyelamat itu.

“Pasangan mangsa itu diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsum, Tanah Rata untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: bilik airrenjatan elektrikSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd