• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Akan Guna Senjata Nuklear Jika Negara Diancam

oleh Mohd Arshad
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memaklumkan Rusia hanya akan menggunakan senjata nuklear sekiranya kewujudan mereka sebagai sebuah kerajaan diancam, lapor portal MailOnline, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Barat meluahkan kebimbangan konflik Rusia-Ukraine yang sudah berlarutan hampir sebulan boleh meningkat kepada perang nuklear berskala penuh.

“Kami mempunyai konsep keselamatan domestik dan ia adalah terbuka untuk pengetahuan awam. Anda boleh membaca semua sebab sekiranya penggunaan senjata nuklear akan dilaksanakan.

“Teks itu jelas menyebut bahawa penggunaan senjata nuklear adalah di dalam situasi sekiranya kewujudan Rusia diancam dan tiada sebab lain,” ujar Peskov.

Kenyataan Peskov itu dibuat selepas ditemubual oleh penyiar veteran CNN, Christiane Amanpour yang mendesaknya dengan soalan sama ada beliau yakin atau tidak bahawa Presiden Vladimir Putin tidak akan menggunakan pilihan nuklear dalam konteks Ukraine.

Peskov yang merupakan sekutu lama Putin, tidak menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang dianggap sebagai ancaman yang wujud.

Walaupun kemungkinan untuk Barat menyerang Rusia adalah sangat rendah, Kremlin telah menuntut pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menarik balik tentera dari sempadan timurnya dan menafikan permintaan Ukraine menyertai organisasi itu.

Kosmo-

Tags: ancamanRusiasenjata nuklear
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd