Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Laksana OSH Elak Masalah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sekali lagi...

Adenan Tak Pernah Ulas...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak pernah mengeluarkan sebarang...

PAS Selangor Nafi Exconya...

SHAH ALAM - PAS Selangor menolak dakwaan bahawa tiga exconya akan dipecat daripada...

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Penganggur Bunuh Pesara Polis Terlepas Hukuman Gantung Kerana Gila

KOTA BHARU – Seorang penganggur terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis empat tahun lalu apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tertuduh gila ketika melakukan perbuatan itu.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan keputusan itu selepas mendapati tertuduh, Mohd. Rozani Yahaya, 43, melakukan perbuatan itu sama seperti pertuduhan, namun dibebaskan kerana tidak berupaya mengesahkan perbuatan tersebut kerana tidak waras pada waktu kejadian.

Wan Ahmad Farid dalam penghakimannya memutuskan tertuduh akan diletakkan dibawah penjagaan yang selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

“Mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya tertuduh diletakkan dalam tahanan selamat di hospital berkenaan sehingga mendapat perintah daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Perbuatan tertuduh yang memukul mangsa dengan sebatang besi dan berlari ke sana ke sini sebelum menyembunyikan diri di dalam alor sungai tidak mencerminkan keadaan waras tertuduh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Rozani didakwa membunuh Ab. Halim Che Yusoff, 69, di tepi sebuah rumah di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu dekat Pasir Mas kira-kira pukul 12 tengah hari pada 25 Januari 2018.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Zameri Mat Nawang.

Wan Ahmad Farid dalam penghakimannya memaklumkan bahawa Mohd. Rozani mempunyai kad orang kelainan upaya (OKU) mental sejak 2004 selepas memasuki wad sakit jiwa Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Menurutnya, tertuduh juga telah dipersetujui oleh pihak hospital mengalami masalah mental kerana pengambilan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori