• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilu Ditangguh, Harga Barang Naik Tunjuk Ekonomi Indonesia Tidak Baik

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA : Keadaan ekonomi dan sosial Indonesia didakwa ‘tidak begitu baik’ dan kesannya dapat dilihat menerusi masalah bekalan minyak masak yang masih berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara dan penangguhan pilihan raya presiden (Pemilu) 2024.

Pandangan itu dilontarkan oleh Ketua Umum Parti Demokrat, Agus Harimurti Yudhoyono atau lebih dikenali sebagai AHY.

Katanya, kenaikan harga barang termasuk minyak masak dilakukan secara senyap-senyap oleh kerajaan ketika rakyat berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

Namun, disebabkan tiada pilihan, rakyat terpaksa menerima keadaan itu.

“Selain kenaikan harga barang makanan seperti kacang soya, minyak masak dan daging sapi, tarif elektrik dan tol juga meningkat.

“Rakyat sudah susah sebelum ini akibat Covid-19, malah kini lebih susah akibat banyak barang naik harga.

“Siapa yang boleh bertahan jika terus diasak begini? Dan alasan penangguhan Pemilu juga tidak munasabah,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

AHY turut mempersoalkan mengapa kerajaan lebih sanggup mengeluarkan kos besar untuk projek pemindahan ibu kota ke Kalimantan Timur berbanding membiayai kos Pemilu 2024.

“Sebelum ini, sejumlah peruntukan sudah disediakan untuk adakan Pemilu 2024 dan sekiranya jumlah itu dianggap besar dan terlalu banyak, jadi kenapa luluskan pembiayaan lebih besar untuk projek Nusantara? Soalnya.

Sehubungan itu, anak sulung bekas Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono itu meminta kerajaan meneliti semua tuntutan utama reformasi 1998 mengenai penggal pentadbiran Presiden melalui pilihan raya.

Katanya, hal itu penting bagi menjamin kesejahteraan politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

-Utusan Online

Tags: ditangguhEkonomi Tidak BaikIndonesiaPemilu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd