• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Najib Disiasat Sejak 2018

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi, satu aduan dibuat pada 4 September 2018 terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana disyaki menerima dua keping, cek berjumlah RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad Farid Jabar, 37, berkata susulan aduan itu, siasatan terhadap peguam berkenaan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, hasil siasatan mendapati, Najib mengeluarkan dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta ke atas nama tertuduh, pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014 ,semasa perjumpaan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau berkata, kedua-dua cek itu tidak dibayar atas nama firma guaman Shafee & Co dan bayaran berkenaan tidak dikreditkan ke dalam mana-mana akaun firma guaman.

“RM9.5 juta itu bayaran bagi khidmat nasihat guaman yang diberikan tertuduh kepada Najib, parti dan Perdana Menteri sebelum ini kerana beliau memberikan khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional atau UMNO untuk 46 fail petisyen pilihan raya dari tahun 2004 dan 2006.

Bayaran khidmat guaman sebanyak RM9.5 juta itu pendapatan terakru yang dikenakan cukai tetapi Muhammad Shafee tidak melaporkan pendapatan itu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” kata saksi pendakwaan terakhir itu ketika membacakan pernyataan saksinya, pada perbicaraan kes Muhammad Shafee yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada LHDN.

Saksi berkata, peguam veteran itu juga tidak melaporkan pendapatan RM9.5 juta itu sebagai Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan di Bahagian E dalam Borang B Tahun Taksiran 2013 dan 2014.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta, melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terbabit dalam transaksi hasil daripada kegiatan haram, iaitu mengemuka penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 27 April.

Bernama-

Tags: AMLATFADatuk Seri Najib RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Armenia Desak Russia Bertindak Terhadap Pencerobohan Azerbaijan

Next Post

Polis Guna Teknologi AI Kawal Sempadan

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Polis Guna Teknologi AI Kawal Sempadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd