• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Armenia Desak Russia Bertindak Terhadap Pencerobohan Azerbaijan

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YEREVAN: Armenia hari ini menggesa pasukan pengaman Russia di Nagorno-Karabakh mengambil langkah sewajarnya selepas pasukan Azerbaijan menawan perkampungan strategik di wilayah bergolak itu.

Dalam siri ketegangan terbaru di wilayah berkenaan, ketika gerakan ketenteraan Russia di Ukraine, tentera Azerbaijan Khamis lalu menawan sebuah kampung di Farukh, Nagorno-Karabakh.

Kawasan itu di bawah seliaan pasukan pengaman Russia, yang ditempatkan di Karabakh menerusi perjanjian gencatan senjata diterajui Moscow, yang menamatkan pertembungan di wilayah terbabit antara Armenia dan Azerbaijan pada akhir 2020.

Kementerian Luar Armenia, dalam satu kenyataan semalam, menuntut siasatan dilakukan terhadap tindakan pasukan pengaman Russia ketika pencerobohan Azerbaijan, sekali gus mengesahkan kewujudan askar Azerbaijan di kawasan itu.

“Kami berharap kontinjen pengaman Russia di Nagorno-Karabakh mengambil langkah kukuh ke arah menamatkan pencerobohan unit Azerbaijan di zon yang menjadi tanggungjawab pasukan pengaman itu,” katanya.

Majlis Keselamatan Armenia kemudian mendakwa Azerbaijan mendalangi tindakan mencetuskan provokasi baharu dan serangan di Nagorno-Karabakh.

Sehubungan itu, Baku didesak memulakan rundingan perjanjian aman yang komprehensif.

“Mekanisme bagi mengekang sebarang kemungkinan pada peringkat antarabangsa perlu diaktifkan demi menangani tindakan ketenteraan yang baharu di wilayah berkenaan dan risiko pembunuhan etnik,” menurut kenyataan sama.

BHonline-

Tags: ArmeniaAzerbaijanpencerobohanRussia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Thailand Mohon Batal Ujian PCR Untuk Pelancong

Next Post

Peguam Najib Disiasat Sejak 2018

Related Posts

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

02/08/2024
0

Petaling Jaya : Presiden Rusia, Vladimir Putin mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bagi membincangkan soal...

Next Post

Peguam Najib Disiasat Sejak 2018

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd