• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Amah RM15,000, Kedutaan Indonesia Kunci Mulut

oleh Mohd Arshad
18/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pendedahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr. Sukumaran Nair berhubung kos pengambilan pembantu rumah Indonesia menimbulkan persoalan apabila kosnya disifatkan tidak masuk akal.

Bagaimanapun, pejabat Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur mengambil tindakan mengunci mulut terhadap kos membawa masuk pembantu rumah yang mencecah sehingga RM15,000 seorang itu.

Pegawai Informasi KBRI Kuala Lumpur, Yoshi Iskandar ketika dihubungi Utusan Malaysia meminta untuk menunggu kenyataan rasmi daripada kedua-dua negara menjelang memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) itu.

“Kita tunggu saja kenyataan akhbar bersama. Terima kasih,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, penetapan kos itu sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak sebagai jumlah perbelanjaan keseluruhan di Indonesia dan Malaysia yang perlu dibayar majikan untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga kerja itu.

Perkara berkaitan didedahkan Duta Indonesia ke Malaysia, Her mono dalam pertemuan dengan PAPSMA, Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA), Persatuan Kebangsaan Malaysia Agensi Pekerjaan (Pikap) dan Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia (PUSMA).

Rundingan pengambilan dan kemasukan amah Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017 masih gagal dimuktamadkan apabila perjanjian MoU baharu masih tidak dapat disempurnakan dan ditunda kepada 1 April.

Rundingan itu pernah dua kali tertangguh iaitu pada 8 Februari sebelum dibawa ke 18 Mac.

MoU penggajian pembantu rumah Indonesia ditandatangani buat pertama kali pada 13 Mei 2006 di Bali, sebelum protokol meminda MoU PDI ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang tamat pada 30 Mei 2016.

-Utusan Online

Tags: IndonesiaKedutaan IndonesiaKos Amah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM200 Juta Untuk Jayakan Program Penyeragaman Harga Tahun Ini

Next Post

Anggota PGA Maut Dipercayai Ditembak

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Anggota PGA Maut Dipercayai Ditembak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd