• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perlu Segerakan RUU Anti Lompat Parti

oleh Mohd Arshad
22/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kerajaan digesa menyegerakan pembentangan rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti tanpa berlengah lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, RUU berkenaan selaras iltizam parti itu membasmi segala bentuk penyelewengan mandat oleh wakil rakyat yang dilantik selepas menang pilihan raya.

“RUU yang sepatutnya dibentangkan itu sebenarnya adalah langkah yang sangat progresif. Ia menjadi bahagian penting daripada reformasi politik yang UMNO dukung dengan sokongan Pakatan Harapan (PH). Sokongan bipartisan sedemikian bukan sahaja unik tetapi menggambarkan betapa Malaysia sedang bergerak di landasan betul dalam kematangan politiknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 18 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan RUU Anti Lompat Parti hanya akan dibentang di Dewan Rakyat sebaik sahaja pendapat serta input daripada semua pihak diperoleh dan sesi libat urus selesai.

Wan Junaidi turut membayangkan bahawa RUU itu berkemungkinan dibentang pada Sidang Khas Parlimen mengambil kira sidang Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada Khamis depan.

Kabinet memutuskan RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain khususnya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang tertangguh disebabkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, RUU itu amat relevan apatah lagi BN dan PH telah menjadi mangsa kecurangan wakil rakyat mereka yang melompat.

“Tindakan mereka itu telah menyebabkan Malaysia mengalami ketidakstabilan politik yang merencatkan kemajuan dan pembangunannya. Jika dibiarkan terlalu lama, penangguhan pembentangan RUU itu akan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat tentang komitmen UMNO dalam menjuarai reformasi politik dan institusi seperti yang dijanjikan. Justeru, ikhtiar yang penting sebegini, janganlah di lengah-lengahkan lagi dan mesti diberikan segala keutamaan oleh kerajaan,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: KerajaanRUU Anti Lompat PartiSegerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd