• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Masih Perlu Tampung Baki Hutang 1MDB

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih perlu menampung kekurangan keperluan dana berjumlah RM17 bilion bagi melunaskan baki prinsipal dan faedah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM38.8 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2039.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata keperluan itu berdasarkan aliran tunai penyelesaian hutang 1MDB dengan mengambil kira jangkaan dana penyelesaian bakal diterima daripada AmBank sebanyak RM515 juta serta baki jaminan pemulihan aset oleh Goldman Sachs sebanyak AS$954 juta.

“Jumlah pembayaran yang sudah dibuat oleh kerajaan adalah sebanyak RM13.31 bilion.

“Pada masa ini, dana akaun amanah yang masih berbaki sebanyak RM15.76 bilion tidak cukup untuk melunaskan semua prinsipal hutang 1MDB,” katanya menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Zafrul berkata, dana awam pernah dan masih perlu digunakan untuk menanggung hutang 1MDB, sama ada dari segi bantuan langsung atau melalui dana pemulihan aset 1MDB.

Jelasnya, selain daripada bantuan kewangan langsung daripada kerajaan, faedah hutang 1MDB juga dibiayai dengan menggunakan dana pemulihan aset 1MDB yang dimasukkan ke dalam satu akaun amanah di bawah Kementerian Kewangan yang diberi nama Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.

“Berikutan masalah kewangan yang dihadapi 1MDB, kerajaan dari April 2017 hingga November 2021 sudah menyalurkan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau pendahuluan berjumlah lebih RM10 bilion melalui kementerian dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bagi tujuan bayaran komitmen dan faedah hutang 1MDB,” katanya.

Kerajaan akan terus memastikan hutang 1MDB dibayar pada waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan berlaku keingkaran yang bakal memberi implikasi kepada ekonomi negara kerana hutang-hutang kerajaan dijamin oleh kerajaan melalui jaminan kerajaan dan surat sokongan.

Kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB yang diseleweng sama ada melalui tindakan undang-undang mahupun rundingan penyelesaian.

BHonline-

Tags: 1MDBbaki hutangKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

PMX Anwar Umum Kerajaan Naikkan Perlindungan Bil Elektrik Kepada 800 kWj Hingga 31 Disember 2026

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kilowatt-jam (kWj) kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd