• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keganasan, Pembunuhan Terhadap Wanita Meningkat Di Iraq

oleh AK-47
20/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SULAIMANIYAH, IRAQ: Keganasan terhadap wanita meningkat di wilayah Kurdish utara di Iraq dengan seorang wanita dibakar hidup-hidup oleh suaminya manakala yang lain ditembak mati oleh bapa atau adik lelaki mereka.

Kawasan autonomi yang sedang dalam peperangan itu memperlihatkan peningkatan mendadak dalam pembunuhan wanita serta pembunuhan bermotifkan jantina.

“Dalam dua bulan lalu, terdapat peningkatan dalam pembunuhan wanita berbanding tahun sebelumnya,” kata Ketua Pengarah Pembanterasan Keganasan Terhadap Wanita, Hiwa Karim Jwamir.

Dalam dua bulan pertama tahun ini, katanya, seramai 11 wanita terbunuh di Kurdistan dan kebanyakan mereka ditembak.

Tambah Jwamir, 45 wanita terbunuh pada 2021, meningkat daripada 25 orang pada tahun sebelumnya.

Jumaat lalu, seorang remaja berusia 15 tahun maut akibat enam das tembakan oleh bapanya di kampung Soran. Suspek berkata kepada polis anak perempuannya itu ‘keluar bersama dua budak lelaki pada lewat malam’. Unit keganasan rumah tangga menggelar perkara itu sebagai ‘pembunuhan maruah’.

Disember lalu, seorang gadis berusia 16 tahun dicacatkan dengan asid di Baghdad oleh seorang dewasa yang ditolak pinangannya.

Beberapa hari sebelum Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac, mayat seorang wanita berusia 20 tahun, Maria Sami yang dikenali kerana ucapan feminisnya ditemui di tepi jalan di Arbil, ibu kota Kurdistan.

Keesokan harinya, polis Kirkuk menahan pembunuh iaitu abangnya sendiri yang berusia 18 tahun.

Suspek yang bercakap melalui panggilan telefon kepada saluran televisyen Kurdish itu cuba mewajarkan pembunuhan itu dengan menuduh kakaknya gagal mematuhi keluarga.

Pada Februari, ibu kepada dua anak , Shinyar Huner Rafiq meninggal dunia di hospital, lima hari selepas dimasukkan ke dalam keadaan melecur serius. Suaminya yang mabuk menyiram badannya dengan petrol.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, di seluruh Iraq, keganasan berasaskan jantina meningkat sebanyak 125 peratus iaitu lebih 22,000 kes antara 2020 dan 2021 malah berlaku peningkatan membimbangkan dalam kemurungan dan bunuh diri di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Sejak bertahun lamanya, aktivis mengecam keganasan terhadap wanita dan perkahwinan paksa di Iraq, yang dilihat sebagai masyarakat konservatif dan patriarki.

“Kes keganasan terhadap wanita semakin meningkat. Kebanyakan wanita yang dibunuh adalah mangsa ahli keluarga,” kata aktivis Kurdistan, Bahar Munzir yang juga pengarah kumpulan tempatan Pertubuhan Pembangunan Rakyat.

Perdana Menteri Kurdistan, Masrour Barzani mengecam kes keganasan itu dan berkata kerajaan perlu mengenakan ‘hukuman seberat mungkin kepada pelaku’.

“Tiada penghormatan dalam pembunuhan demi kehormatan. Saya bertekad untuk melindungi setiap wanita, gadis dan kanak-kanak daripada penderaan … Malapetaka ini mesti berakhir,” katanya.

BHonline-

Tags: IraqkeganasanpembunuhanWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd