• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Always First!

oleh Mohd Arshad
19/03/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim “always first” fakta yang tidak boleh diragui lagi.

Bukan sahaja di atas padang, malah dalam segenap aspek daripada fasiliti sehingga kepada pengurusannya yang berprestij.

Merancang dan bertindak di luar kotak sehingga ke tahap lawan mahupun kawan tidak akan terfikir JDT melangkah sejauh itu.

Semalam JDT membuat kejutan paling gempak dengan menampilkan artis legenda hip-hop, Snoop Dogg dalam lagu tema terbaru mereka ‘Pioneers’.

Jika di atas padang JDT tampil dengan pemain-pemain profesional bertaraf antarabangsa, di luar padang JDT muncul dengan penyanyi antarabangsa.

Mana tak pedih hati para pesaingnya. Snoop Dogg menyanyikan lagu rasmi JDT 2022 itu bersama artis dari Johor, Joe Flizzow.

Ia merupakan kerjasama strategik JDT bersama Universal Music South East Asia (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA.

Bagi yang cemburu sudah tentu mendakwa Snoop Dogg suatu pembaziran, tetapi bagi golongan berilmu memahami itu pendekatan “Differentiated Marketing”.

Definasi membazir adalah apabila gaji RM3,500 sebulan beli kereta RM1,200 sebulan untuk bawa teman wanita bersiar-siar dan ‘shopping’ RM1,000 sebulan.

Apa yang JDT lakukan adalah suatu strategi pemasaran jenama yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kelab bola sepak dalam negara.

Untuk memahami perkara ini perlu mengetahui serba sedikit mengenai Snoop Dogg seorang penyanyi, pelakon dan penulis lagu bertaraf dunia.

Beliau yang kini berusia 50 tahun adalah ikon kepada muzik hip hop, funk, gangsta rap bermula tahun 1992 sehingga sekarang.

Telah menerima 27 anugerah dan 96 pencalonan dalam industri hiburan antarabangsa termasuk Grammy dan Emmy Awards.

Sehingga kini pengaruh beliau dalam industri hiburan dunia terutama Hip Hop amat besar dan generasi muda dunia turut mengenali diri dan karyanya.

Ini bermaksud kesudian Snoop Dogg menyanyikan lagu JDT akan menyebabkan jenama JDT akan lebih dikenali dunia secara meluas.

Snoop Dogg mungkin mendapat manfaat bayaran, tetapi JDT mendapat manfaat lebih besar nama pasukan itu tersebar di seluruh dunia.

Sekaligus mengembangkan prospek JDT untuk kerjasama perniagaan dan pembangunan di peringkat antarabangsa kerana ia telah menjadi sebuah kelab bola sepak yang dikenali.

Malah secara tidak langsung kelab bola sepak lain dalam Malaysia barangkali dapat merasai tempiasnya apabila Liga Malaysia mula mendapat perhatian.

Seperti kata TMJ, JDT merupakan sebuah empayar. Beliau tidak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.

“Itulah idea penubuhan JDT, sebuah kelab bola sepak yang bagi saya, mempunyai cerita penuh inspirasi”

-Mynewshub

Tags: JDTjoe flizzowSnoop Dogg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah

Bekas Pengadil Antarabangsa Dedah Gol Kedua Al-Ahli Tidak Sah

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan pengadil mengesahkan gol kedua Al-Ahli Saudi FC menjadi perdebatan hangat selepas penganalisis pengadilan Al Jazeera, Saad...

Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo

Natxo Insa ‘Angkat Stretcher’ Demi Jairo

18/04/2026
0

JEDDAH – Aksi dramatik mewarnai perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026 apabila kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd