Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Sufian Suhaimi Tidak Kisah...

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui langsung tidak kisah apabila dilabel sebagai 'raja lagu sedih'...

DAP Cuma Perlu 10%...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa hanya memerlukan 10 peratus lagi undi kaum Melayu...

KDNK Malaysia 2016 Diunjur...

NEW YORK – Lazimnya amat jarang benar agensi kewangan antarabangsa memuatkan sesuatu laporan...

Hina Sultan: NGO Kerabat...

KUANTAN - Badan Kebajikan Kerabat Pahang menyifatkan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz...

Fasa Peralihan Endemik Sehala, Kementerian Sedia Sebarang Kemungkinan – KJ

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin peralihan Malaysia ke Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam adalah bersifat sehala.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersedia untuk melihat sebarang kemungkinan termasuk meneliti kelonggaran yang diberikan.

“Salah satu perkara yang saya sudah menasihati Jemaah Menteri adalah sekiranya muncul varian baharu, yang lebih ganas daripada Omicron. Bukan saja Malaysia, tetapi negara lain pun mesti kaji semula protokol pembukaan mereka.

“Berdasarkan maklumat dan data yang ada, kerajaan yakin peralihan endemik ini adalah bersifat sehala, namun kementerian tidak boleh menolak kemungkinan muncul varian baharu atau perubahan dari segi sifat virus ini.

“Jadi, contoh jika kita sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan syorkan kepada kerajaan langkah-langkah tertentu,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Fasa Peralihan Endemik akan ditarik semula jika sistem kesihatan negara lumpuh apabila berlaku peningkatan kes ekoran kelonggaran yang berikan dalam fasa berkenaan.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasa peralihan endemik negara mulai 1 April ini, dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas di semua peringkat.

Katanya, Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan rakyat kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

Beliau berkata, fasa berkenaan juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori