• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

708 Calon SPM Di Pasir Mas Tangguh Ke April

oleh AK-47
02/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS : Seramai 708 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Pasir Mas yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu hari ini dan esok bagi kertas Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) ditangguh ke April ini.

Tahun ini seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis peperiksaan SPM tahun 2021 di 3,382 pusat pe­periksaan di seluruh negara

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kesemua calon itu melibatkan tujuh buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) (SMU (A)) Khairiah Banggol Stol, SMU (A) Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, SMK Rantau Panjang, SMK Baroh Pial dan Mahaad Muhammadi Rantau Panjang.

Menurutnya, kesemua pelajar itu akan kembali menduduki peperiksaan tersebut pada sidang kedua yang dijadualkan April ini.

“Peperiksaan pada sidang April ini hanya melibatkan mata pelajaran BM dan BI sahaja.

“Sidang kedua untuk pepe­riksaan SPM bukan perkara baharu kerana tahun lalu, KPM turut menggunakan keadah yang sama berikutan terdapat calon SPM yang positif Covid-19” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Agama (SMKA) Lati di sini, semalam.

Tambahnya, peperiksaan ba­gi ­kertas lain berjalan seperti biasa namun ia bergantung kepada situasi semasa banjir.

Radzi memberitahu, mana-mana calon SPM yang terkesan dengan banjir atau sukar ke pusat peperiksaan boleh berhubung dengan guru atau pengetua sekolah untuk tindakan lanjut.

Katanya, KPM sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar.

“Mana-mana calon SPM yang terjejas akibat banjir sehingga pakaian sekolah rosak, mereka boleh memakai apa sahaja pakaian yang bersesuaian sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Sekiranya berlaku banjir atau paras air semakin naik dalam tempoh peperiksaan berlangsung sehingga menjejaskan pusat peperiksaan, kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: calon SPMPasir MasSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd