• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52.8 Peratus Kanak-kanak 5 Hingga 11 Tahun Di Sarawak Sudah Terima Vaksin

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Sarawak telah memberikan vaksinasi COVID-19 kepada seramai 150,297 bersamaan 52.8 peratus daripada 286,000 jumlah keseluruhan kanak-kanak di negeri itu.

Data tersebut direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) sejak ia dilaksanakan di negeri itu bermula 3 Februari sehingga 3 Mac 2022.

Timbalan Pengarah JKNS, Dr Rosemawati Ariffin berkata selari dengan strategi memperluaskan liputan vaksinasi, beberapa PPV di Sarawak akan melaksanakan PICKIDS tanpa janji temu (walk-in) bermula Sabtu, 5 Mac 2022.

“Kita akan laksanakan di Dewan Suarah Sibu, Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan, dan KK Bintulu, manakala ibu bapa digalakkan untuk menghubungi PPV tersebut terlebih dahulu sebelum hadir untuk menerima suntikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dr Rosemawati berkata, pelaksanaan PICKIDS melalui kaedah pendekatan berasaskan sekolah masih diteruskan dan hasilnya amat memberangsangkan.

Katanya, seramai 46,475 (25 peratus) daripada 185,900 orang kanak-kanak yang tidak mendaftar dalam aplikasi MySejahtera telah diberi vaksin COVID-19 di sekolah dan sebanyak 906 (70.8 peratus) daripada 1,279 buah sekolah telah dilawati untuk PICKIDS.

“Pendekatan ini menyasarkan murid-murid di sekolah, tadika dan taska, justeru Sarawak juga menyasarkan 100 peratus sekolah akan dilawati selewat-lewatnya minggu kedua bulan ini,” katanya.

Ujarnya, sebagai tambahan PPV jangkau luar (outreach) yang dikendalikan oleh anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengamal perubatan swasta ke luar bandar akan diteruskan bagi memastikan kanak-kanak di pedalaman mendapatkan akses vaksin COVID-19.

Awani-

Tags: PICKidssarawakVaksin kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PN Ikrar Bakal Ubah Landskap Pemerintahan Berintegriti Di Johor

Next Post

Arab Saudi Tamatkan Kebanyakan Sekatan COVID-19

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Arab Saudi Tamatkan Kebanyakan Sekatan COVID-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd