• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Tamatkan Kebanyakan Sekatan COVID-19

oleh Mohd Arshad
06/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH : Arab Saudi semalam membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin.

Langkah berkenaan dilihat bakal memudahkan urusan jemaah haji dan umrah ke negara itu.

Ia turut merangkumi penggantungan langkah penjarakan fizikal di semua kawasan tertutup dan terbuka termasuk masjid, demikian lapor Agensi Berita Saudi (SPA) memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, pemakaian pelitup muka juga hanya diwajibkan di kawasan tertutup, berdasarkan keputusan terbaharu itu yang berkuat kuasa semalam.

Menurut laporan SPA, Arab Saudi juga tidak lagi mewajibkan pelawat divaksin menunjukkan hasil ujian negatif PCR atau RTK sebelum tiba ke negara itu, atau diwajibkan menjalani kuarantin.

Pandemik COVID-19 menjejaskan perjalanan jemaah umrah dan haji, yang kebiasaannya menjadi penyumbang pendapatan utama negara itu dengan pendapatan sekitar AS$12 bilion (RM50 bilion) setiap tahun.

Tahun lalu, penularan COVID-19 memaksa Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji untuk tahun kedua berturut-turut, dengan hanya 60,000 rakyat dan penduduk negara itu yang lengkap divaksin, dibenarkan menunaikan haji.

Sejak pandemik itu bermula, Arab Saudi merekodkan lebih 746,000 kes COVID-19 dan 9,000 kematian, daripada populasi berjumlah 34 juta.

Dalam pada itu, SPA turut menyatakan bahawa penekanan terhadap kepentingan pelan imunisasi kebangsaan yang turut termasuk mengambil dos penggalak, serta mengamalkan prosedur pengesahan status kesihatan melalui aplikasi ‘Tawakkalna’ untuk memasuki fasiliti, aktiviti, majlis, daftar masuk penerbangan dan pengangkutan awam.

Semua langkah di atas, katanya tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan negara serta perkembangan situasi pandemik.

-Berita Harian

Tags: Arab SaudiCovid-19Sekatan COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd