• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Ikrar Bakal Ubah Landskap Pemerintahan Berintegriti Di Johor

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG: Perikatan Nasional (PN) berikrar akan mengubah landskap pentadbiran Negeri Johor yang berintegriti dan bebas rasuah sekiranya diberi mandat sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu kali ini.

Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ikrar itu adalah janji pertama PN kepada Bangsa Johor dan ia penting dalam pembangunan ekonomi di negeri berkenaan.

“Itu tujuan pertama PN membentuk sebuah kerajaan, iaitu kerajaan yang berintegriti dan bersih rasuah. Perkara ini sekali gus dapat menarik keyakinan pelabur asing, meningkatkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan.

“Saya percaya landskap pemerintahan ini dapat mengangkat Johor sebagai negeri utama penyumbang ekonomi negara,” katanya kepada pemberita di Program Santai Anak Muda di sini hari ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata prestasi perdagangan serta pelaburan negara menunjukkan peningkatan memberangsangkan semasa pemerintahan PN pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PN.

Justeru, beliau berkata perkara itu menjadi ‘kad laporan cemerlang’ bagi PN disokong untuk menjadi kerajaan oleh rakyat Johor pada PRN kali ini.

“Maka atas rekod ini, masyarakat Johor wajar memberi peluang kepada PN untuk mentadbir Negeri Johor,” katanya.

PN yang melibatkan gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan bertanding di semua 56 kerusi pada PRN Johor kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 12 Mac sebagai pengundian bagi PRN Johor dan undi awal pada 8 Mac.

Bernama-

Tags: landskap pemerintahanPNPRN Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

Parti Wawasan Persoal Sama Ada Wujud ‘Tangan Ghaib’ Di Sebalik Penggantungan PN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan sama ada wujud ‘tangan ghaib’ di sebalik tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd